Saya seorang isteri, mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 tahun dan saya sedang mengandung 7 bulan. Saya dan suami dah tak sefahaman dari awal perkahwinan sampai sekarang. Usia perkahwinan kami 3 tahun.. saya dah penat dan macam-macam dah saya cuba pertahankan perkahwinan saya sehingga saya dah tawar hati dengan suami.. Hari-hari bergaduh.. kalau baik pun seminggu dua.. pastu gaduh balik, sekarang dah semakin kerap gaduh sampai saya ambil keputusan untuk berpisah dengan dia. Saya dah tak larat selalu makan hati je macam-macam saya cuba ambil hati, belajar masak.. tapi sikit-sikit puji masakan kakak dia, mak dia, orang tu orang ni. Contoh dia suka makan tomyam.. macam cara saya dah masak tomyam dari tumis tak tumis, masuk itu ini, tak masuk itu ini, macam-macam cara untuk buat jadi sedap tapi kedai jugak sedap, orang lain masak jugak sedap, saya belajar buat kuih kek supaya senang saya nak buat untuk dia.
Suami saya dia kuat cemburu suka tuduh saya macam-macam sedangkan saya tak buat apa yang dia tuduh tu. Contoh saya cabut rumput depan rumah pun dia kata saya menggatal nak suruh laki tengok, bila dia cuti saya ajak buat sama-sama dia tak nak. Semenjak dari saya couple dengan dia memang cemburu buta sampai naik kaki tangan maki-maki, nak senyum dengan laki pun saya tak berani sedangkan tu kawan saya sampai saya macam dah tak ada kawan nak bergaul.
Dengan kawan perempuan pun payah dah tiap masa dok call pastu sibuk suruh balik apa lah. Serabut-serabut.. mesti korang cakap kenapa kahwin jugak. Sebab saya dah terlanjur dan mengandung tu sebab saya kahwin dengan dia.. yer tu kesilapan saya paling besar..tapi mula-mula kahwin nampak dah perubahan dia dah kurang baran dia.. dan dia banyak mengalah dah dengan saya.
Tapi saya dah tawar hati, selalu saya minta cerai kalau gaduh dia tak nak lepas sampai lah saya mengandung semula.. mesti korang cakap selalu gaduh tapi ngandung jugak dah dia suami saya… saya rela tak rela dia tetap dapat jugakan lawan lah macam mana pun dia laki dia tetap menang dan tu pun dah memang tanggungjawab isteri. Baru-baru ni waktu raya puasa, dekat FB ada seorang kawan laki suami, die cuit saya dekat FB dan saya cuit dia semula. Saya namakan kawan dia si F. Satu hari F message saya.. pada mula saya layan lebih kurang je.. takut la kan F kawan suami. Nanti apa pula dia fikir kat saya dan saya pun takut dengan suami saya.. dan Hubungan saya dengan suami semakin hari semakin keruh dan pada yang sama saya berhubung dengan si F luahkan masalah saya Makin lama perasaan sayang saya muncul pada F.. dia layan saya baik dan ayat-ayat dia manis je.. sehinggalah sekarang perasaan sayang tu ada lagi.
Sehingga satu hari saya pernah jumpe F lagilah bertambah sayang saya kat dia.. tapi saya tahu F tak ada perasaan macam mana perasaan saya terhadap dia.. saya berusia 23, suami 27 dan F 34. Saya berusaha untuk buat F ni ada perasaan kat saya.. tapi macam tak jalan. Waktu saya ada perasaan sayang kat F, saya terfikir macam mana saya nak ada balik perasaan sayang dan ada hati kat suami macam-macam saya cuba juga untuk ada balik perasaan sayang kat suami.. tapi tak boleh. Bila saya dah berbaik dengan suami cuma dapat bertahan sekejap saja, pastu gaduh semula. Saya benci sangat dekat suami sampai saya mesej dengan F saya luahkan apa saya rasa tapi F macam tak ada perasaan pada saya Allahuakbar sedangkan masa tu saya mula suka kan dia… Dia kata memang dia tak ada perasaan kat perempuan dan dia selalu buat perempuan macam ni. Sakitnya hati saya dan saya cakap pada dia, menyesal saya kenal dengan dia, tak payah berkawan pun tak apa. Saya menyesal sebab ada perasaan sayang kat dia..warga KRT macam mana saya nak buang perasaan sayang kat F dan ada perasaan sayang kat suami semula.
Sekarang memang saya dah tawar hati dengan suami. Apa yang saya nampak jalan terbaik berpisah dengan dia. Saya pun tunggu dia lepaskan saya lepas saya bersalin dan bila habis pantang. Saya kesian kat suami macam mana kalau dia tahu saya dah curang belakang dia dengan kawan dia. Patut ke saya berterus terang dengan suami pasal si F.. tapi saya tak berani.. tapi bila saya teringat si F saya rasa nak saja cerita si F ni. Biar dia tahu si F ni macam mana.. aku benci kau F. Aku tahu F kau ada dalam KRT ni, aku harap kau baca.. perkataan maaf 1 pun tak keluar dari mulut kau, kepada F Kau bukan hensem pun pendek buncit gemuk.. mainlah perasaan orang.. ingat apa yang kau buat kau akan dapat balik