Assalamualaikum,admin minta hide profile saya…saya cuma nak meluah sahaja…kalau nak kecam pun kecam la…saya cuma rindu kan isteri dan anak saya je min…sekarang isteri tak nak jumpa saya dan tak bagi saya jumpa anak dan keluarga isteri dah benci saya habis habisan…walhal saya banyak tolong diorang walaupun bukan dari segi kewangan tapi dari segi kudrat saya… kadang2 tu balik Kerja malam penat lagi dengan mengantuk saya tahan kan demi nak berbakti pada mereka… tapi saya tak salahkan mereka kerana kalau saya berada di tempat Mereka pun saya akan bertindak dengan tindakan yang sama…
punca semua dari saya, saya gagal sebagai suami, saya gagal sebagai pemimpin, saya manusia biasa yang akan juga terjebak dengan permainan syitan, puasa ke 11 saya berpuasa tanpa anak dan isteri di sisi, saya rindukan mereka jujur cakap saya sayangkan mereka… saya tahu perbuatan saya tak mungkin dapat di terima ampun.. memaafkan memang mudah makan masa….tapi untuk melupakan sukar… kepada isteri tercinta abang menyesal,abang bertaubat…abang cuba untuk kuat trima kenyataan ni…tapi jika ada sekelumit peluang lagi untuk abang d hati sayang… balik la… abang nak tebus balik kesalahan abang… abang tak kisab apa orang nak kata nak benci sebab memang abang patut pun kene benci kene maki kene marah cuma abang nak sayang tahu abang sayangkan sayang dan anak…
segala kasih dan sayang abang curahkan… sumpah demi allah abang menyesal… abang tak buat lagi… kalau la diberi peluang akan abang buktikan… Ya Allah berilah kekuatan pada hambamu yang hina ini… hamba merayu kepada mu… buat pembaca sekalian… saya menulis nukilan ni untuk luahan perasaan sahaja… saya tiada sesiapa untuk mengadu… padan la muka saya…ada isteri tak reti nak jaga elok2…buat suami semua hargai la isteri anda sebelum terlambat…love till jannah is real…Jika sayang baca nukilan abang ni, ingatlah kenangan manis kita bersama dan jika itu dapat melembutkan hati sayang, abang sentiasa akan menunggu sayang…terima kasih admin..Assalamualaikum..