Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Admin dan pakcik makcik bawang sekalian. Terima Kasih sudi siarkan untuk pembaca-pembaca Kisah Rumah Tangga (KRT). Cuma nak sharekan pengalaman dan tips berumah tangga. Saya adalah suami untuk isteri yang baik dan serba lengkap dalam hidup saya. Banyak kes yang kita baca peribadi isteri bertukar ganas , buruk, pemalas dan panas baran sebernarnya adalah disebabkan oleh suami itu sendiri (Ketua Keluarga) .
Biasanya Kalau terdapat isu masalah yang boleh menyebabkan pergaduhan mulut atau fizikal sebaiknya suami terlebih dahulu diam dan cuba menjadi pendengar yang baik sebabnya setelah berkahwin suami adalah teman dan sahabat paling rapat tempat isteri luahkan . Selain itu, Apa yang saya buat kalau berlaku isu masalah bersama isteri saya akan baca whassapp gambar video kenangan romantik mula mula berkahwin.
Memang Kita akan rasa seperti ada tarikan emosi positif. Dekat situ dapat pupuk hubungan cinta dengan rumah tangga. Janganlah jadi panas baran or cepat melatah bila ada masalah.Selalu menyalahkan sebelah pihak sahaja terutamanya isteri (mangsa) . Kadang2 selepas muhasabah diri rupanya salah tersebut adalah daripada kita sendiri tetapi disebabkan Ego tinggi kita buat2 lupa. Hormat menghormati dan bertanggungjawab dalam keluarga akan menyebabkan pasangan Kita akan lebih respect diri kita dengan lebih ikhlas.
Bila sudah mempunyai cahaya mata , anak- anak akan mudah terikut dengan contoh kelakian ibu atau ayah sendiri. Dekat situ baru kita sedar sesetengah anak-anak susah dididik disebabkan perbuatan dan kelakuan kita sendiri yang tidak sesuai dijadikan contoh. Hormatilah suami anda dan sayangilah isteri anda. Mudah-mudahan hubungan makin romantik dan bahagian. Terima Kasih sudi membaca . Doakan isteri saya Selamat bersalin pada awal tahun depan.