Nama saya Othman ( Panggilan org taman ni ) umur 58 tahun. Sejak pencen 3 tahun yang lalu, saya banyak menghabiskan masa dgn Masjid sahaja., Solat 5 waktu dan menghadiri Majlis2 ilmu. Itulah rutin harian saya sejak pencen, mencari bekalan Akhirat serta cuba cover mana dosa2 yg terdahulu.
5 orang anak2 saya semua sudah berkahwin dan saya mempunyai 15 cucu. Hidup rasa cukup lengkap dengan tiada apa lagi tanggungjawab lain dan masa dapat diisi dgn aktiviti sendirian serta amal ibadat. Isteri juga sudah rehat sepenuhnya.
Di kejiranan saya , 2 rumah sebelah rumah saya tinggal seorg wanita yang telah kemat!an suami akibat kema langan. Biarlah saya panggil dia sebagai Ani, yg berumur 39 tahun. Tiap pagi beliau keluar bekerja dan menghantar anak2 ke sekolah. Petangnya pula kedua2 anak perempuan beliau umur 11 dan 12 thn itu mengaji dengan isteri saya. Selalunya isteri saya akan menyediakan makanan sehingga kedua kanak2 itu kenyang sementara menunggu ibu mereka balik bekerja. Biasanya Ani sampai rumah selepas maghrib. Trafik jem barangkali.
Saya sendiri juga jarang berbual dengan Ani, sehinggalah pada satu pagi Sabtu ( tarikh tak ingat ) selepas Kuliah di Masjid yang mana Ani juga hadir. Tanpa saya duga Ani telah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya. Ani cakap “Ani tahu abang terkejut, tetapi Ani sudah fikir masak2, anak2 Ani pun kenal dan baik dengan Abang Othman serta isteri abang. Ani ikhlas!” Kata Ani sambil memakai seliparnya untuk pulang kerumah.
“Isteri abang pasti pengsan dengar perkara ni.” Jawab saya. “Kita kawin senyap2 je dulu bang…” sambung Ani meyakinkan. Sejak pagi itu saya jadi tidak keruan. Apa patut saya buat? Ani memang janda menawan, ada kerjaya, kereta dan rumah sendiri. Tuah ayam nampak di taji, tuah org siapa yang tahu. Dilemma. Bantulah saya.