Minta admin rahsiakan profile saya :
Assalamualaikum Admin dan kesatuan KRT sekalian. Saya seorang bakal bapa. Isteri saya disahkan hamil 3bulan.
Alhamdulillah. Namun doktor mengesahkan kandungan isteri saya sensetif dan dia disarankan tidak melakukan kerja berat.
Soalnya disini pakcik makcik akak abang bawang Isteri saya ini sampai tak nak keluar bilik langsung memasak lagilah tak pernah jemur atau basuh baju memang saya urus. Batang penyapu pun dia mungkin dah lupa bentuknya. Tapi saya tak kisah Senang cerita dari bangun pagi sampai ke malam memang terperuk dan bergolek dalam bilik.
Bukan hendak berkira. Selagi boleh buat, saya urus sendiri. Siapa tak sayang isteri. Tapi saya pun risau kalau sampai langsung tak bergerak. Dan langsung tak berkomunikasi dengan orang sekeliling.
Tak berbahaya ke untuk dia dan kandungan? Mohon skuad bawang beri penerangan. Maafkan saya. Saya takda pengalaman. Setakat ni saya belum menegur isteri saya lagi sebab saya risau saya salah. Tapi cuba skuad bawang terangkan. Mungkin boleh membantu saya dan isteri saya ini.




