Assalamualaikum min tolong hide fb akak…min akak dah kawin 20 tahun ada sorang anak angkat ..dah berumur 13 tahun …suami akak penjawat awam…umur 44…dua hari lepas min masa nak sahur jam loceng suami akak berbunyi ..bising sangat selalu kalau berbunyi akak tak kisah pun tapi entah Kenapa pagi tu hati akak tergerak nak off kan….jadi akak off… Dah alang2 pengang hand phone suami tu…Cuba lah buka lock eh…dapat rupa nya corak lock kami sama selama ni..mungkin Allah nak akak tunjuk kecurangan suami akak…akak tengok whatsaap suami akak …rupa nya dia ada perempuan lain…akak cepat2 ambik no perempuan tu…lepas tu akak kejut kan suami akak…demi Allah akak sikit pun tak rasa marah pagi tu akak Layan suami akak makan …
Lepas sahur suami akak tido balik….terus terang akak cakap suami akak tak solat…akak dengan anak akak je yg solat kalau kami dua beranak solat dia lebih suka Layan hp…selama ni apa dia buat akak tak berani nak tanya ..kalau tanya dia tengking akak….pagi tu sebelum dia pegi keja Akak tanya dia Abang balik ke malam ni ..dia cakap Balik…Akak tengok muka Dia dah lain…akak dapat rasakan dia dah tahu akak ceroboh hp dia…lepas akak salam dia, dia dah Pegi keja..akak terus mesej perempuan tu kenalkan diri yg Akak ni wife Abang sayang Dia tu….. Lama akak tunggu dia balas…pukul 10 baru dia balas….perempuan tu terkejut sebab dapat tahu yg suami akak Masih ada isteri.sebab suami akak mengaku dia duda anak 1..
kali ni akak pulak terkejut….kami terus berbalas mesej… Perempuan tu marah min sebab suami akak tipu dia… petang tu akak mesej call suami Akak di langsung tak balas …tiba2 dapat mesej perempuan tu cakap dia ada dengan suami Akak.. ya Allah terkejut lagi akak… pagi tadi Cakap marah kena tipu tak kan jumpa suami akak lagi…. malam tu suami akak tak balik min….tido kt ofis sebab…Akak mesej dia suruh Balik… Dia tak balas mesej akak…. Esok nya akak mesej lagi perempuan tu …Akak sikit pun tak marah kat perempuan tu…yelah dia pun kena tipu….hari kedua kami berbalas mesej …baru semua nya terungkai yg perempuan tu mengaku mereka dah terlanjur smpai mengandung tapi gugur…ya Allah masa tu tuhan je tahu apa akak rasa….
Akak Masih lagi tenang, Akak Tanya kat perempuan tu Adik nak kawin dengan suami akak dia jawab tak nak, tak smpai hati nak lukakan hati Akak, bagus lah akak cakap macam tu kat dia.. dik kalau Adik tak nak lukakan hati akak kenapa mesej2 Adik seperti tak nak lepaskan suami akak Adik cakap Dah banyak Adik tolong suami Akak.. Dah tahu suami Akak tu banyak hutang..
buat Abang Balik lah bang kita selesaikan cara Baik saya izin kan Abang kawin Dengan gf Abang .saya tak nak Abang terus buat dosa…Abang nak zuriat sendiri kan …gf Abang boleh bagi kat Abang…saya redha bang ..walaupun saya hidup susah Dengan Abang saya tak menyesal bang demi Abang saya gadai barang kemas saya. bang demi Allah bang saya sayangkan Abang andai Kata Abang pilih nak tinggal kan saya …saya redha …saya tak marahkan Abang… Abang kawin lah ..untuk Adik pulak jaga suami akak..bahagia kan Dia ye…Terima kasih min …