Asalamualaikum admin dan warga krt, saya dan suami bercinta selama 6 tahun, Alhamdulillah akhirnya kami bernikah, dan Suami seorang yg kuat agama nya. Suami tua 15 tahun dari saya. Walaupun dia suami orang namun suami tidak pernah abaikan nafkah zahir dan batin…
Sejak awal bernikah, suami banyak lebih kan saya, apa saya mahu semua suami beri, bila saya suruh suami bermalam di rumah saya walaupun masa tu giliran madu, suami ikutkan saja. Apa saya nak makan, suami beli, barang kemas semua suami tunaikan… isteri pertama suami pula sudah tua dan mandul dan tua 17 tahun dari saya Dia dah tak larat, menunggu masa untuk meninggl saja..
Selepas 6 bulan bernikah. Akhirnya saya hamil, suami lagi lah lebihkan saya, dan saya minta suami tulis wasiat awal2 bahawa harta semua jatuh kepada anak saya kerana ini adalah satu satu nya anak suami.. isteri pertama membantah kerana katanya dia ber hak. Saya cakap kepada suami, kalau dia pilih isteri pertama saya akan bawa anak ini lari.. alhamdulillah suami setuju, namun isteri pertama meroyan.. saya tak faham apa yang dia nak meroyan, dia sah mandul dan sakit sakit, tak lama nak meningal..
Alhamdulillah saya melahirkan anak lelaki yang sangat comel, dan anak lelaki ini lah yang meneruskan bisnes dan menyambung ganerasi ayah nya.. ibu mertua dah mula terima saya, dan ibu mertua menawar diri untuk menjaga saya dan anak saya. Tp saya minta kepada ibu mertua. Kalau dia nak saya dan anak saya tingal sama dia, saya tak mahu ada isteri pertama disitu.. alhamdulillah ibu mertua setuju.. saya sangat disayang oleh ibu mertua, saya di jaga semasa berpantang, saya di layan bagai anak emas. Alhamdulillah rezeki anak saya..
Sekarang saya masih dalam berpantang yang ke 40 hari. Darah pun masih ada keluar sikit2.. tp suami dah ajak bersama, saya menolak kerana saya melahirkan anak kesan koyak sangat besar.. dan sampai sekarang saya masih rasa ngilu.. suami tak pedulikan semua itu. Dia paksa dan rogl saya di dalam pantang, Kalau saya melawan suami pukul saya, darah banyak keluar tapi suami tak peduli.. saya merayu2 dan suami cakap buat apa bagi saya harta banyak kalau saya tak dapat layan nafsu dia. Allahuakbar, saya tak sangka suami sekejam ini..
Saya nak minta cerai. Tapi suami cakap, anak dia ambil dan saya tak akak dapat harta kalau kami bercerai.. saya tak kisah pasal anak tu. Sebab anak akan mewah bila pada ayahnya. Tp saya perlukan harta tu untuk teruskan hidup saya. Saya tak perlu banyak..cukup lah sekadar sebuah kereta rumah dan wang bernilah 1 juta. Tu dah lebih dari cukup.. apa perlu saya buat.? Saya tam boleh terus2 macam ni..