Minta hide profile .. tq admin sbab siarkan kisah saya
Saya tiada tempat untuk meluah, semenjak berkahwin, saya tiada masa berkawan dgn sesiapa.. semua kawan ketika sekolah menengah dan Kolej masing2x ada kerjaya dan hidup sendiri. Kami semua jarang berhubung dan membawa haluan masing2x. Jd isteri betul2 bosan sebab tiada kwn sudah.
Saya kahwin dgn suami baru masuk 2tahun. Saya surirumah sepenuh masa. Saya belom mempunyai cahaya mata tetapi suami tidak mengizinkan berkerja sebab mampu memberi saya nafkah. Saya setuju dan cuma membuat bisnes dari rumah seperti berjual kuih di kawasan perumahan dan bisnes online menjual Dnars kosmestik sahaja.
Tahun pertama berkahwin, kami tiada masalah baik dari segi kewangaan mahupon masa dan komited terhadap rumahtangga kami. Kami sgt bahagia dan selalu ada masa utk bersama.
Tahun ini , rumah tangga kami sedikit bergoyang semenjak suami di pindahkan ke tempat kerja yg baru. Kali ini suami dan saya terpaksa PJJ .. 3bulan sekali cuti baru suami dapat balik.. 3bulan pertama suami ok macam biasa, selepas itu suami mula berubah perangai. Kalau balik ke rumah ,, Suami lebih suka dan kerap kali menyembunyi kan beg , dompet dan hp nya. Dulu tidak pernah suami saya macam itu. Sekarang bila saya duduk bebual dgn suami, suami akan menjawab dgn nada tinggi. Sangat bebeza. Dulu suami sy kalau sy call ,, ok sj bebual dgn sy. Kalau skrg, memang dia akan cakap busy..takde signal kuat,tak dgr la…itu semua alsan dia.. Bila sy skodeng wall fb dia.. penuh dgn gambar dinner di restaurant yg mewah2x bersama degn kwn sekerja dan bos dia, kekadang sy sendiri yg dengar bos dia telepon dgn suami sy dan bertanya soalan sprti ini ” kamu di mana, kamu sihat kah, jgn lupa brg yg sy suruh beli ” sampai kan satu tahap itu , sy rampas dan baling hp suami saya dan sy cakap bagus lagi kamu kahwin dgn bos kamu shja,kalau dgn sy tidak kamu mahu jwb hp dan balas mesej sy.selalu sj busy.. sy cakap dgn suami saya macam itu. Boleh pulak suami saya cakap saya CEMBURU TAHAP BABI GILA.
Pendek cerita , skrg sy benci dgn suami saya sebab perangai suami sy yang MELEBIHKAN KAWAN DAN BOS , selalu ada masa utk kawan dan bos, duduk di rumah memang hp sentiasa di tangan melayan group wechat bersama kwn dan bos . SEHINGGA TIADA MASA UNTUK BEBUAL DGN SY. Sy benci suami sy sebab DIA SEKARANG BANYAK BERAHSIA DGN SY .. Semalam , suami sy balik. Sy minta cerai sebab tak tahan.. tetapi suami sy boleh pulak buat bodoh..
Apa saya kahwin dgn patung kah ?? Apa sy kahwin dgn dinding kah kalau sy tidak boleh berbual dgn suami sy???
KALAU SY MENASIHATI SUAMI SY UTK BERUBAH DAN BERUBAH MEMANG SUAMI SY AKAN MENENGKIR DGN NADA TINGGI.




