Salam admin..
30/9/18 tarikh akhir saya bergelar isteri sebelum diceraikan. Suami saya sudah mengaku dia sudah tawar hati kepada suami. saya dan sudah tidak mampu bertahan lagi. Tempoh perkahwinan saya 18 tahun ada anak lelaki seorang berusia 11 tahun. 4 orang anak saya mening gal dunia selepas lahir.
Untung jadi lelaki masa mengorat hujan panas sanggup ditempuhi. Bila dah ada penganti lain yg lebih cantik, lebih subur dengan mudahnya mengaku sudah jemu dengan saya. Saya cuba bertahan 3 tahun hidup berpoligami yang tidak adil giliran, nafkah zahir batin ke laut.
Saya tidak dapat tidur malam ni kerana muhasabah diri apa silapnya saya sebagai isteri.
Peringkat awal suami kantoi nikah senyap saya mengaku saya juga mengamok. Tapi saya cuba redha sebab ketika itu saya anak kedua dan kerna memberi peluang kepada suami untukk tanggungjawab baru nya tapi hampa. Akhirnya suami memilih isteri baru nya dan buang saya.
Saya dah cuba jadi isteri dia yang terbaik selama 18 tahun tapi saya kalah kerana saya tak cantik, tak pandai selfie, tak pandai bergaul dengan kawan2nya.
Macamana saya nak bergaul hidup saya hanya Rumah, tempat kerja.
Bertapa hinanya saya sebagai isteri, malunya dia hendak keluar dgn saya, malunya nak perkenalkan saya sebagai isterinya. Saya baru berumur 36 tahun sedangkan madu saya sudah 48 tahun
Doakan saya moga tabah untuk hidup dengan anak nanti