Admin tolong hide profile saya. Tkasih.
Saya berusia 51 tahun mmpunyai 4 orang anak berusia antara 25 hingga 14 tahun dan telah bercerai lebih 3 tahun yang lepas. Saya telah 10 bulan berkenalan dengan seorang duda berusia 62 tahun yang mempunyai 3 anak berusia 29 (lelaki , telahberkahwin) dan 2 perempuan umur 26 dan 22 tahun masih bujang tinggal bersama ayahnya.
Semasa mula berkenalan dengannya aruah isterinya baru 3 bulan mening gal. Beliau memberitau saya beliau tidak akan berkahwin sehingga selepas sekurang2nya setahun (untuk menjaga hati anak2). Seluruh keluarganya masih berkabung kerana kehilangan ibunya yang terlalu mendadak. Malah beliau mula mencari teman dan mengenali saya atas saranan doktor kerana mengalami depression dan sukar tidor tanpa bantuan ubat akibat terlalu sedih dan sunyi.
Saya pada mulanya agak berat menerimanya kerana jarak usia yang jauh ini. Tetapi beliau selain beliau kelihatan jauh lebih muda dari umur sebenar dan keadaan kesihatannya sangat baik. Beliau adalah pesara dari jawatan tinggi di sebuah syarikat korporat sebelum bersara pada umur 60 , sejurus aruah isterinya yang juga pesara pegawai tinggi kerajaan, mula sakit2. Saya pula bekerja sebagai pengurus kanan di sebuah syarikat korporat.
Walaupun saya juga mula merasa sunyi dan ingin mendirikan rumah tangga secepat mungkin sekiranya ada yang sesuai, saya menerima permintaannya untuk berkawan sahaja untuk mencari kesesuaian sementara beliau tidak menghalang saya berkawan dengan orang lain pada masa yang sama. Bagai manapun semakin kami berkawan kami jadi semakin serasi dan rapat.
Kami banyak berkongsi minat yang sama yang telah lama beliau tinggalkan kerana aruah isteri tidak berminat dan tidak menyokong. Sehingga satu masa beliau melamar saya menjadi isterinya tetapi meminta saya bersabar menunggu sehingga anak2nya bersedia. Setelah genap setahun beliau mula membincang hal ini kepada anak2nya. Malangnya anak2 perempnnya belum bersedia untuk menerima orang baru walaupun tidak menghalang ayahnya berkahwin.
Mereka memutuskan untuk tidak hadir di majlis pernikahan kami yang telah pun kami tetapkan tarikhnya. Ketiga2 mereka juga sepakat meletakkan syarat kepada ayahnya supaya rumah itu nanti kekal tidak akan dijual sekiranya ayahnya telah tiada dan saya pula ingin menuntut bahagian saya sebagai isteri. (untuk pengetahuan, mereka kini tinggal dirumah banglo mewah agak tinggi nilainya)
Saya sangat kecewa apabila mereka berfikir begini dan terasa tawar hati untuk meneruskan perkahwinan. Demi Allah saya tidak pernah berniat untuk mendapatkan harta-harta mereka. Saya mampu menyara anak2 saya dengan pendapatan saya sendiri. Saya ingin dan mampu membina rumah idaman saya sendiri tetapi bakal suami tidak setuju kerana rumahnya cukup besar untuk gabungan dua keluarga ini.
Apabila mereka berfikir begini buat saya mula bimbang apa akan jadi kepada saya sekiranya suami saya tiada nanti. Beliau selalu meyakinkan saya insya-Allah umurnya panjang seperti abang2 dan aruah orang tuanya (saya sudah berjumpa semua adik bradiknya yang berumur 60-80an tetapi masih sihat dan aktif, baik yang duduk di kampuang mahupun yang tinggal dibandar.. pesara sepertinya)
Anak2nya masih belum ditemukan dengan saya. Insyaallah minggu depan.
Anak2nya belum bersedia menerima saya adalah satu tamparan utk saya. Walaupun bakal suami memberitau perkara itu adalah sangat normal dalam kes2 seperti kami ini.. dimana penerimaan akan mangambil masa. Katanya saya perlu sabar dan berusaha mengambil hati anak2nya..(famili dan anak2 saya sudah selesa dan boleh terima beliau)
Tarikh nikah semakin hampir tetapi hati ini semakin tawar.. Apakah keputusan utk bernikah ini tepat untuk saya?




