Assalamualaikum, hai admin. Tolong hide fb saya. Saya telah berkahwin dengan seorang perempuan berasal dari pantai timur. Kami dah setahun lebih berkahwin. Ada anak seorang. Sebelum kami berkahwin, saya ada seorang teman wanita, orang sarawak. Tapi entah macam mana saya tiba2 tak suka kat teman wanita saya tu.
Sampai lah saya dapat tahu isteri saya ada buat guna2 kat saya admin. Saya tinggalkan isteri saya lepastu saya balik jumpa ibu saya min rupanya saya benci kat bekas teman wanita saya sebab isteri saya guna2 kat saya. Saya dapat tahu bekas teman wanita saya dah bertunang. Saya sedih sebab saya tinggalkan dia dalam keadaan saya telah dib0m0h.
Saya dalam proses nak bercerai. Saya nak mintak maaf kat bekas kekasih saya. Solehah, kalau awak terbaca.. saya mintak maaf kerana tinggalkan awak sebab perempuan gila tu. Buat semua orang, berhati2 dalam segala perbuatan kita, jgn mudah percaya dengan orang walaupun luaran nampak baik tapi hati macam syaitan.




