Salam min Hide my profile tq. Minggu lalu anak lelaki saya ada bawa teman wania dia jumpa saya dan isteri Sekali pandang wajahnya mengigatkan saya pada bekas kekasih saya dulu. Wajah yang selalu saya rindui dan masih saya cari hingga saat ini. Dia hilang tanpa khabar berita. Dulu… dia tinggalkan saya, setelah dia dapat tau yang saya sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Puas saya pujuk,merayu namun hampa.
Saya mampu beristeri 2, saya ada kerjaya,ada pangkat dan rupa..walaupun umur kami beza 10 tahun, itu bukan alasannya. Dia ambil keputusan untuk undur diri,pergi tinggalkan saya. hingga saat ini… Dari dulu sampai sekarang saya cari dia tak jumpa, dia terlalu istimewa min, saya tak tau dalam hati saya hanya ada dia, dia sentiasa dalam doa saya.
Moga dia dapat suami yang boleh menjaganya hingga akhir hayat..
Saya sendiri tak tahu macam mana boleh terperangkap dengan cintanya dulu. Sakit min. bukan main2. saya hampir hilang arah ketika itu.. Kata orang cinta pertama sukar dilupa, bukan untuk saya, tapi untuk dia. GF anak saya ada tunjuk gambar keluarganya, memang benar anak dia..dia cantik masih seperti dulu. Saya tengok sekali imbas aje, tak berani nak tenung lama2.. takut kantoii..
Sejak saya dapat tahu…perasaan saya tak tentu arah. rasa bersalah, rasa sayag, rasa rindu yang mendalam. yang pasti bukan lagi sebagai kekasih tapi sebagai adik. berbelas tahun saya cari dia, nak pastikan dia selamat, dilindungi, berada waktu susah dan senang dia. Tapi dia hilang entah kemana. Saya ni seorang yang happy, tapi dalam bab2 macam ni, saya boleh bertukar jadi sensitif, boleh juga kemurungan dan tekanan perasaan..
Saya pening, andai betul jodoh anak saya, tak tau lah nak happy ,ke nak sedih. Macam mana saya nak bertemu , bertentang mata dengan dia..Eeemmm saya dqn dia ada kisah silam yang pahit. paling tidak pasti ada hati yang terusik. saya takut kalau2 dia masih belum maafkan saya lagi..