Salam semua. Saya terpaksa pakai fb kedua saya demi untuk tutup aib saya. Saya dah tak tahu mahu bercerita pada siapa… Dan hanya KRT lah saya luahkan derita ini.
Saya berusia 35 tahun. Wanita bekerja.
Pada usia 25 tahun, saya berkahwin dgn llaki yg muda 3 thn dr sy. Perkahwinan yg ditentang oleh ibu saya kerana alasan remeh. Tak setaraf sahaja. Namun demi cinta saya saya rela kahwin lari. Apa sangatlah pada nama berkaitan darjat yang dibawa dek keluarga saya sehingga kaum perempuan kami tak boleh berkahwin dengan lelaki yang tak punyai gelaran sama. Suami saya tika itu masih belajar.
Dipendekkan cerita, sewaktu kandungan saya berusia 7 bulan, doktor sahkan ada ketumbuhan di ovari saya. Ketumbuhan yang membesar seiring janin yang saya kandung. Saya bertegas untuk melahirkan anak saya biarpun berisiko tinggi. Saya melahirkan anak kembar saya melalui pembedahan dan keseluruhan ovari saya di buang.
Tika itu saya betul2 di uji.
Suami saya tanpa hujan tanpa ribut, melafazkan cerai pada saya. Alasannya, saya tak boleh mengandung lagi. Dunia saya terasa gelap waktu itu. Dia siap kata, dia akan jaga anak2 saya sehingga saya sembuh dan andai saya berkeras, dia mahu bawa anak2 saya pergi jauh. Saya tahu dia dapat tawaran ke luar negara untuk sambung pengajian. Sah bercerai, dia menghilangkan diri bersama anak kembar saya. Hampir gila saya, dan tiba2 ibu saya datang temui saya. Dia pujuk saya untuk terima ketentuan takdir dan jangan fikirkan anak2 saya lagi. Dia rela maafkan saya dan jaga saya yang masih belum pulih sepenuhnya. Dalam kebingungan saya ikut dia pulang ke kampung. Pernah saya menangis kerana rindukan anak2, tapi ibu naik hantu terus.
Mulai dari saat itu, saya diamkan diri. Saban waktu, hanya pada Allah saya luahkan rasa derita dan rindu pada anak2. Saya sentiasa berharap bekas suami kembali hubungi saya biarpun saya tak luahkan pada ibu kerana bimbang ibu mengamuk. Saya curahkan kasih sayang pada anak sepupu saya sahaja.
3 tahun lepas, Allah memakbulkan doa saya. Bekas suami kembali menghubungi saya melalui fb dan mahu berjumpa saya bersama anak2. Dia baru pulang dari belajar. Saya sujud syukur waktu itu bila anak2 saya panggil saya mama biarpun tak pernah jumpa saya sehingga usia mereka 6 tahun. Kata bekas suami, dia sentiasa tunjukkan gambar saya pada anak2 dan maklumkan saya di Malaysia dan habis dia belajar, dia akan bawa anak2 jumpa saya. Untuk makluman, anak saya dijaga kakak bekas suami sewaktu di luar negara.
Hari2 saya mulai indah. Sebulan sekali atau dua kali bekas suami bawa anak2 jumpa saya.
Dan akhirnya saya berani luahkan pada ibu tentang pertemuan saya dengan anak2. Dia diam sahaja.
Ujian mendatang lagi bila ibu suruh saya berkahwin dengan sepupu saya sehari selepas saya bagitahu hal pertemuan saya dan anak2. Alasan ibu, saya memang rapat dengan anak2 sepupu dan sepupu saya baru menjadi duda. Isteri sepupu meninggal dunia akibat denggi baru 3 bln dan ibu beriya-iya suruh menikah biarpun sebelum ni tak pernah. Saya anggap sepupu saya sebagai abg kandung. Tak lebih tak kurang. Bila saya mengelak, ibu mula naik angin. Dia ungkit semua benda.
Saya minta izin bekas suami nak bawa anak2 jumpa ibu saya dan bekas suami benarkan. Ibu endah tak endah sahaja sepanjang anak2 ada dengan saya sepanjang cuti raya kelmarin. Bekas suami hulur tangan nak bersalam ketika mahu tinggalkan anak dengan saya, Ibu saya hina dia dengan macam2 gelaran. Dan minggu lepas, bekas suami luahkan perasaan pada saya. Dia mahu kami kembali jadi sebuah keluarga. Anak2 perlukan saya katanya. Dia mintak maaf dengan sikap lalu nya yang pendek akal dan meminta saya usah panjangkan kisah lama. Katanya, sepanjang berpisah, dia tak dapat jumpa wanita yang terbaik untuk jadi ibu anak2 kami. Katanya, setelah 2 tahun di luar negara, dia nekad, andai Saya masih single sewaktu kepulangannya, dia mahu melamar Saya kembali.
Saya buntu. Saya keliru. Saya tahu ibu saya tak akan terima saya berbaik kembali dengan bekas suami biar apa alasan saya. Setiap hari dia paksa saya untuk bernikah. Saya serba salah! Saya sayangkan anak2 saya biarpun rasa sayang pada bekas suami tiada. Sekelumit rasa benci pun tiada untuk bekas suami atas perbuatan lalunya, melainkan rasa hormat kerana menjaga anak2 dan bercerita mengenai saya biarpun melalui gambar.
Ditelan mati nak, diluah mati bapak. Saya sudah puas menangis. Saya inginkan kebahagiaan untuk diri saya, namun kebahagiaan saya pasti menghadirkan rasa benci ibu saya. Saya cuba tepis bisikan yang bertamu biarpun jauh di sudut hati, saya seolah merasakan, ibu saya menjadi dalang penceraian saya dahulu. Bermacam macam faktor yang berkait ke arah itu dan salah satunya kata2 ibu sewaktu menghina bekas suami dahulu.
Saya sayangkan ibu saya seiring kasih sayang pada anak2 saya biarpun saya ibarat memamah hati sendiri setiap hari…
terima kasih admin, andai luahan saya di siarkan. Pada yang ada pendapat, tolonglah kongsi dengan saya. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Wassalam…
September 19, 2018
Pls sis ..kembali lah bersatu semula sebagai satu keluarga . Lagi pun sis pernah berkahwin @ janda yg boleh membuat keputusan sendiri ..
lepas tu slow slow pikat hati ibu. saya doakan yg terbaik..