Salam admin. Mohon hide profile saya, terima kasih.
Apa yg saya nak kongsi dan minta pandangan rakan2 disini mungkin bukan masalah besar, tapi ia sangat mengganggu fikiran saya memandangkan saya sering sendirian dirumah ditinggal suami yg sibuk bekerja.
Saya pernah jadi janda, dan mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu. Kami bercerai kerana asyik bergaduh pasal masalah kewangan, suami malas bekerja, kaki pukul dan juga penagih. Saya kemudian nekad tinggalkan anak2 dikampung dan ke ibukota mengadu nasib sendirian demi masa depan saya dan anak2. Ketika itu saya masih diawal 20an.
Dan dia hadir dalam hidup saya. Saya kenal dia semasa saya masih bekerja. Foreigner, bussinessman tapi duda dua anak. Sekali lagi saya jatuh cinta dan kami berkahwin setelah dia memeluk islam. Saya ikhlas sayangkan dia, tapi mengenangkan saya punya anak2, saya sering berbelah bagi dlm kepentingan masa bersama dia dan anak2. Bukan saya tak mahu bawa anak2 tinggal bersama saya, tapi saya tak tergamak mengambil mereka dari jagaan mak saya dan juga family yg lain memandangkan anak2 saya dijaga sempurna oleh mereka sejak dari kecil. Anak2 saya sekarang berusia 9 dan 8tahun.
Kemudian saya berhenti kerja. Suami tanya kenapa sebab dia tahu saya sgt sukakan kerja saya itu. Saya cuma cakap saya tak mahu terikat dgn tuntutan kerja sekiranya dia bersama saya (setiap minggu dia akan ke Singapura menjenguk anak2 nya yg berada dlm jagaan bekas isteri) dan saya juga mahukan waktu yg fleksibel utk saya menjenguk anak2 saya dikampung. Kami bersetuju utk tidak mempunyai anak lain lagi utk fokus kepada anak masing2. Saya tak kisah, sekurang2nya saya tak perlu bahagikan kasih sayang saya sesama anak2 sendiri kalau mereka berlainan ayah.
Dia seorang yg sangat bertanggungjawab dan sayangkan saya walaupun kadang2 sifat cemburunya berlebih-lebihan. Dia uruskan keperluan saya dan anak2 dgn sempurna walaupun anak2 saya bukan darah daging dia dan bekas suami saya tak pernah hulurkan nafkah langsung. Jujurnya, nafkah yg dia beri utk saya setiap bulan, lebih dari mencukupi.
Baru-baru ini, bekas isterinya tamat kontrak bekerja di Singapura dan berkeras utk balik tinggal di negara asal mereka. Mereka berasal dari France. Jadi suami saya terpaksa menutup companynya di KL dan berpindah mengikut bekas isterinya kerana dia tak mahu berjauhan dari anak2 nya. Kedua anak2nya masih kecil, seorang 11tahun dan seorang lagi 6tahun. Suami saya pulak sekarang hampir 50tahun, (Dah kahwin lambat cerai pulak tu), so dia taknak anak2 dia terabai kasih sayang seorang ayah.
Berpindahlah kami kesana semata-mata kerana anak2nya. Sekarang dia kembali bekerja under company lain, means masanya sekarang utk saya sangat2 terhad. Setiap hujung minggu pula dia akan mengambilalih jagaan anak2 dan isterinya tak benarkan saya turut serta dlm hal anak2 mereka kerana takut saya akan mempengaruhi anak2 nya. (Isteri dan anak2nya non muslim).
Mengikut apa yg saya bincang dan persetujui dgn suami, saya akan pulang ke Malaysia setiap enam minggu utk luangkan masa dan tinggal bersama anak2 saya selama dua minggu. (Sebelum saya kahwin dgn dia, saya cuma dpt luangkan masa dgn anak2 paling lama 5hari sebulan kerana saya bekerja, juga kerana kekangan kewangan). Tapi dia berusaha supaya saya juga dapat pulang bersama anak2 saya pada hari2 tertentu seperti hari raya, birthday anak2 saya, cuti sekolah atau even saya kena ke sekolah uruskan hal anak2 saya. Dia berusaha sebaik mungkin dlm memastikan saya tak terlepas hari2 penting bersama anak2 saya.
Bila lama-lama, saya jadi cemburu. Tinggal dinegara asing tanpa orang yg saya kenal semata-mata kerana suami tak mahu berjauhan dgn anak2 dia. Saya berasa saya tidak ikhlas dgn apa yg saya persetujui dgn suami. Setiap minggu bila dia luangkan masa dgn anak2nya, saya sendirian dan terpaksa menunggu berminggu2 utk bersama anak2 saya. Saya seperti ibu2 yg lain juga, mahukan masa depan yg cerah utk anak2 saya, tapi saya tak mampu berada disamping mereka setiap hari.
Tamakkah saya kerana tak bersyukur dgn apa yg saya ada sekarang? Saya cuba lapangkan dada, tapi saya terkilan bila dia luangkan masa bersama anak2nya, dan saya pula sendirian menahan rindu utk anak2 saya yg jauh beribu batu. Kejamkah saya sebagai ibu kerana terlalu mengikut kata suami?
Mohon pandangan dan sokongan rakan2. Terima kasih.