Assalamualaikum admin & pembaca krt.. Saya harap kisah saya dapat dijadikan pembakar semangat isteri2 yg teraniaya di luar sana..
Tujuan saya menulis semata mata untuk beri kesedaran pada kaum isteri diluar sana yg dianiaya suami bahawa anda masih berhak bahagia..saya merupakan wanita yg telah berkahwin diusia muda..saya berkahwin umur 21 tahun..sepatutnya diusia sebegini saya berada di ipta.. Namun atas dasar cinta dan percaya yg bakal suami akan mmbenarkan saya belajar slepas kahwin..maka saya berkahwin..
Disini bermula episod derita saya..sebulan selepas diijab kabul kan, suami sudah berani pukul saya,malah kepala saya jugak sering dipijak, ditumbuk..suami juga seorang yg kuat cemburu.. Saya tak dibenarkan bergaul dengan jiran, kawan2 malah keluarga sendiri..saya juga tak dibenarkan sambung belajar & bekerja..
saya dipukul setiap kali saya minta untuk pulang ke rumah ibu saya yg lebih kurang 15 minit dari rumah kami, pernah saya dipukul hanya sebab terlewat masak nasi, ditumbuk dikepala, dibelasah semahunya..sampai 1 tahap saya biarkan diri saya dipukul tanpa bela diri sendiri sebab saya dh terlalu penat pertahankan diri tapi akhirnya saya tetap disalahkan..
Saya ditumbuk tika sarat kandungkan anaknya, tergamak seorang ayah menyakiti bayi dalam perut ni..dibaling objek tumpul pada perut yang sarat kandungkan anaknya.. Malah dituduh pula saya prempuan jalang & xmengaku anak yg dikandung ni anak dia..
Saya ingat lepas lahirkan anak dia akan berubah.. Ternyata dia takkan pernah berubah..saya disepak hanya kerana anak menangis..katanya menganggu dia tidur..waktu ni hati saya benar2 mati untuk dia.. Hilang segala rasa cinta.. Disepak kepala saya depan anak…dipukul depan anak..akhirnya saya ambil keputusan lari dari rumah & buat laporan polis..saya tuntut fasakh di mhkamah atas kes keganasan rumah tangga..Alhamdulillah.. Segala bjalan lancar..saya sah bcerai dgn dia..
Hidup saya dgn anak bertambah baik.. Setahun berlalu, ternyata dia masih menganggu saya..masih cemburu buta..namun saya tidak endahkan ugutan dia..rakan2 dan keluarga menyarankan saya untuk berkahwin, namun hati saya masih belum terbuka untuk menerima lelaki..kesan yang saya terima hingga kini berterusan, hampir setiap malam saya mimpi kejadian saya dipukul..Ya, saya tahu bukan semua lelaki sama macam bekas suami saya, namun saya masih takut untuk terima lelaki dalam hidup saya..
Nasihat saya, tolong kasihankan diri anda & anak2..jangan biarkan anak membesar dalam keadaan ni..anak saya masih trauma dgn kjadian saya dipukul..dia akan menangis jika terlihat saya disakiti atau menangis.. Jangan jadikan anak sebagai alasan..anak kalian tak sepatutnya dibesarkan dalam keadaan sedemikian.. Jika kita dipihak yg benar, Insyallah.. Allah akan bantu.. Assalamualaikum