Assalamualaikum readers. Saya sangat perlukan bantuan dari orang yang susah tapi dh berjaya sekarang. Saya perlu step. Semangat. Tunjuk ajar. Macam ni cerita nya. Saya dah berkahwin, bakal melahirkan tak lama lagi. Anak sulung. Saya dan husband masing- masing masih muda. Awal 20an, suami ada diploma.. Dan saya hanya spm. Saya tak dapat sambung study sebab family tak mampu. Result saya ok ok saja.. Tapi saya jenis memang minat belajar, cuma nasib keluarga tidak mengizinkan saya.
Saya dan suami sekarang tinggal di rumah sewa. Kami tiada masalah buat masa sekarang macam yang ada dalam krt suami curang ka apa.. Cuma 1. Masalah kewangan.. Dengan baby yang bakal lahir lagi.. Suami sekarang kerja biasa saja gaji sebulan tak sampai 1k. Mana dengan sewa rumah lagi perlu bayar, makan minum bulan2.. Bil2.. Kami cuma ada motor belum mampu kereta..
Semalam saya mengadu sakit belakang, selalu lenguh2 pinggang.. Maklumla saya dah hampir nak bersalin.. Suami hanya diam. Esok nya, saya nak masak tapi lauk dalam peti dah kosong hanya mampu saya buat bubur nasi dan goreng ikan bilis sebab petang nya nanti suami balik rehat nak makan. Dalam hati saya taknak bagi tahu lagi suami barang dapur memang dah clear sebab malam sebelumnya saya cek dompet suami semata mata ada rm20.. Saya tak tahu macam mana nak bagitahu suami, saya kesian dengan suami.. Gaji suami lagi 5 6 hari baru dapat.. Apa yang buat saya sebak bila suami balik rehat dengan gembiranya dia masuk rumah lari cari saya.. Rupanya dia singgah farmasi beli ubat yoko yoko tu sebab saya mengadu malam tu lenguh.. Bila saya tengok harga kat kotak hampir rm 15.. Allah saya tak tahu nak sedih, nak marah, nak terharu. Yalah saya tengok duit dia cuma 20. Sekarang tinggal rm5 lah sebab dah beli ubat tu.
Saya terfikir barang dapur macam mana. Dalam hati nak marah tapi belum sempat cakap apa apa.. Suami bukak kan kotak tu mai letak kat belakang pinggang saya.. Sambil tanya ok tak sayang? Abang beli tadi dekat farmasi, abang ingat kan murah hehe.. Saya tengok muka suami.. Allahu sayu hati.. Saya bercadang nak kerja lepas bersalin. Kerja kilang yang saya mampu dengan taraf sijil spm saya. Dalam masa sama saya berniat dan tanam azam nak bantu suami.. Dan saya fikirkan masa depan anak yang bakal lahir. Suami sangat kuat bekerja, part time pun dia buat.. Duit yang dia ada.. Gaji dia semua saya yang urus.. Dia cuma cari duit sahaja. Saya kesian kan suami.. Saya berniat nak ubah nasib family kecil saya. Nak sambung study.. Buat part time belajar pun jadi lah.. Biar lambat asal nanti saya akan dapat ganjaran yang tak ternilai..
Kat sini boleh tak siapa2 bagitahu cadangan apa perlu saya mulakan dulu lepas berpantang nanti?.. Dalam fikiran saya sekarang nak kerja dulu.. Kumpul duit, daftar buat part time belajar ambil diploma.. degree.. dann lagi.. Samai bila saya nak duk di takuk lama.. Teringin jugak nak ada pencapaian untuk diri sendiri.. Nak bekerja elok2.. Nak bahagiakan mak ayah yang selama ni saya tak mampu nak tolong sebab kami sendiri pun sekarang tak berduit.. Niat saya nak belajar.. Kerja bagus, nak sara mak ayah.. Nak bagi kesenangan untuk diri sendiri, keluarga.. Anak.. Saya harap saya dapat capau impian tu.. Tolong bagi step bagi sesiapa yang pernah belajar part time? Saya ada sijil dalam bidang akauntan.. Dan saya minat ke arah itu.. Terima kasih semua..