Assalamualaikum. Min dan warga krt semua.tlg hide fb aku ye min. Wife aku ade dalam ni. Kat sini aku nak ceritakan kisah rumah tangga aku. Aku seorang suami, baru 2 tahun kawin dan mempunyai seorang anak lelaki yg berumur setahun, aku tak de ape2 masalah. Cuma aku nak cerita kt sni pasal isteri aku. Aku sayang dia, dan aku bersyukur dapat isteri macam dia. Dia dapat terima aku seadanya. Aku berumur 34 dan dia berumur 23. Dari segi paras rupa aku, aku tak hensem, aku hitam gigi pun j0nggang. Tapi bila aku cakap aku cintakan dia. Dia terima aku. Jadi aku bercinta sebulan, aku bertunang selama 2 bulan, dan aku di ijab kabul. Duit hantaran pun dia tak minta mahal2. 5k je. Mak abah dia sangat baik dengan aku.
Ok, aku nak cerita selepas aku kawin dengan dia. Aku deberi cuti 3 hari je, isteri aku orang kelantan. Jadi aku nak ke kelantan ambil masa 4 jam. Aku akad nikah malam, dan keesokan hari buat kenduri kecil kecilan, tapi orang datang ramai, dan alhamdulullah semua makanan cukup. Dan keesokan hari aku bawa dia ke rumah orang tua aku. Dan keesokan hari aku dah mula kerja. Aku pergi kerja.. bos aku cakap kenapa ko datang kerja?? Aku dah buang ko set@n. TAK sangka kau ni gila. Aku tak kerja sebab nak jaga arwah ayah aku. Untuk pengetahuan semua. Mak ayah aku dah tak ade. Jadi isteri aku tak ade fil dan mil. Dia sempat dengan arwah ayah pun selama 7 bulan je. Dia sempat jaga arwah ayah masa sakit sampai la meninggal.
Dan sejak aku kena buang kerja la hidup aku dengan wife sengsara. Aku cuba cari kerja tak dapat. Isteri aku guna duit hantaran buat beli makan. Dia cakap, dia halalkn duit ni untuk aku. 3 bulan aku kawin, isteri aku mengandung, selama dia mengandung dia mengidam mcm2, aku sedih tak dapat nak beli ape yg dia nak. Duk beberapa bulan ayah aku meningg4l. Sejak itu lah aku buntu. Tak ade duit.. aku cari kerja tak dapat2. Aku tanya orang2 kg nak mesin rumput tak. Ade la bberapa orang suruh aku mesin rumput.. alhamdulillah aku dapat duit belanja. Aku beli ayam, ikan,sayur bagi isteri aku makan.
Selama ni aku dengan dia cuma makan nasi goreng kosong tanpa ape2 cuma bawang dengan garam je nafkah aku tak dapat nak bagi isteri aku cakap dia halalkan. Aku sedih.. dan sekarang aku ade kerja sikit2. Dapat bagi nafkah kat dia dengan anak. Tapi dia juga tolong aku cari duit. Buat kuih, buat macam2 dia jual. Bila ade anak, rezeki aku makin murah. Itulah dikatan anak pembawa rezeki. Aku dapat kerja kat kuantan bulan satu depan baru mula.. doa kan aku dapat kerja tu ye… tu je nak cerita.. tak best pun. Cuma aku bersyukur ade isteri penyabar macam dia. Banyak lagi aku nak cerita.. tapi setakat ni je panjang sangat dah..




