Assalamualaikum admin .saya baru kawin 8 bulan. saya rasa nak bercerai dengan suami saya ni. sikap kedekut dia menjadi jadi. dengan isteri berkira. Dengan isteri pun cakap lebih kurang je. siap m@ki lagi hari2 berendam air mata. terlintas di hati rasa kecewa kawin dengan dia. kite orang kawin tak bercinta. kenal dah lama. Lepastu kite orang kawin. saya tak tahu suami saya ni kedekut. dah lama baru saya tahu dia kedekut. sampai adik ipar tanye saya. ok ke dengan abang semua. adik ipar cerita abang dia ni kedekut. Selagi boleh jimat dia jimat. beg kerja dah ada serbuk pun guna lagi. aku pun tak faham kenapa dia kedekut sangat. susah la nak merasa duit dia.
kadang aku teringin something time nak bayar tengok suami dok jauh sebab nak elak dari bayar. kadang aku belanja dia. duit dia tak bawak. At least bawak jela duit spare. tapi dia melenggang je. Sedih. bila aku bincang elok elok dengan dia. Dia sibuk pertikaikan hidup orang lain. dia bagi aku 50 je untuk keperluan diri aku. kadang tak cukup. Aku kawin dengan dia macam tak ade penghargaan langsung. aku nak juga baju lawa dia cakap baju elok lagi padahal baju tu semua aku beli sebelum aku kawin dengan dia. Dia tak penah pun beli baju dalam ke, baju blouse ke, ape2 untuk aku. nak merasa dia belanje makan pun susah. asyik2 cakap tak ade duit tak ade duit.
Aku tau dia bayar hutang rumah kt parents dia 500 sebabulan .gaji dia kecik. tapi jangan la seksa diri nak bayar banyak2 sampai wife sendiri terseksa. kadang aku yang beli baju seluar dia, aku belanja dia makan semua. Tapi bile aku nak beli itu ini dia berkira siap cakap tak payah membazir. aku kerje kilang je. Kadang aku kesian dia aku tolong dia. Tapi dia? tak pernah fikir psal wife dia. kadang aku rasa hidup single lagi bagus dari kawin ni. Sebab duit aku habis tolong dia.
Dulu tiap bulan aku shopping siap boleh simpan lagi duit dalam tabung tapi bila kawin dengan dia aku tak simpan langsung duit aku pun dah jarang bagi parents aku duit. sebab aku banyak bantu suami aku. Sampai kat tempat kerja pun aku kemurungan. member tempat kerja siap tanya ada masalah ke?. Tapi aku senyum jee. sebab aku tak nak burukkan suami aku. kalau pergi makan dengan family aku. ayah aku yang keluarkan duit. suami aku diam b0d0h je. kadang aku belanja family aku. aku pulak tak selesa. aku jarang mintak laki aku macam2 sebab aku tahu dia gaji kecik dengan nak bayar hutang lagi. bile kite bantu dia, dia pulak lepas tangan tanggungjawab suami kat isteri.
Lepasni memang aku tak tolong suami aku dah. Biarlah dia cakap aku berkira ke, tak membantu ke ape. kalau dia ceraikan aku pun aku tak kisah. sebab perangai dia tak berubah. kalau nak kedekut pun agak2 lah. Kasut dia pun tak boleh nak beli. Dia pakai kasut sport aku pergii kje. Selipar dia aku beli .dah lama pakai k0yak selipar yang aku beli tu. pastu selipar aku dia rembat pakai. Selipar sendiri pun takleh nak beli. aku bukan berkira tapi fikir la balik. aku dah beli sekali. Tak kan sendiri nak pakai isteri yang belikan. bila keluar makan dengan dia, aku belanja dia makan kemain dia order fresh oren. tapi aku tak kesah sebab bnda kecik je. time dia belanja makan tu pun boleh kira berape kali dalam 8 bulan kiteorang kawin. Dia order teh ais je.takde fresh2. aku kalau org belanja aku takmintak air fresh2 ni. aku mintak air biasa je..




