Salam admini.. Pada jam ini saya masih menantikan suami saya balik kerumah saya. Saya hidup bermadu sudah tiga tahun. Suami lebihkan isteri muda dari saya. Saya isteri pertama yang sentiasa diabaikan sejak suami kahwin dgn janda anak 7..Suami saya sangat takut kan isteri mudanya, sampaikan saya melahirkan anak syurga pertama seorang diri padahal 14 tahun kami berikhtiar untuk dapatkan zuriat keturunan. Itulah suami berubah terus dari suami saya yang dulu, Sejak bermadu saya dipukul, diludah, dihina, dicaci maki dan Masa mengandung dan berpantang pun dipukul, padahal suami saya orang baik, lembut bicara. Kini saya mengandung, Doakan saya selamat lahirkan anak ini sebab saya sudah penat dikatakan mandul.
Saya sedang membina kekuatan untuk mengalah dari hidup ini. Saya sudah sakit untuk hidup bermadu. Saya terpaksa mendapatkan rawatan mental lepas melahirkan anak syurga pertama, kedua, ketiga dan saya hampir meroyan.. cukup hebat kesan hidup bermadu yang tidak adil pada saya, Saya mampu hidup sendiri kerana saya berkerja tetap. Saya inginkan zuriat sendiri untuk mewariskan harta saya biarpun sekangkang kera.
Doakan saya semua warga krt agar kuat untuk keluar dr hidup yang menyeksakan ini.Terimakasih admin. Hidekan fb saya yer.