Assalammualaikum. Mohon pandangan dari rakan KRT. Saya dan suami pernah 2 kali bercerai. Pernikahan kali kedua kami di Thailand dan sekarang Alhamdulillah kami dah daftar semula pernikahan kami di Malaysia. Knp kami bernikah diThailand?
Adalah sebab sebab tidak mahu trlanjur dan cuba utk merahsiakan perkahwinan ini dari family. Rupanya tidak indah perkahwinan kami, suami dlm senyap berkhwin dgn wanita lain dan kami hidup bermadu. Selama 8bulan kami bermadu, hanya yg buruk dari saya(isteri pertama). Madu saya dpt tahu hubungan kami terjalin semula selepas saya hadir di malam pertama suami saya.
Semua habis terbongkar. Selepas dari itu, saya simpan dendam utk jadi yang terbaik utk suami sedangkan saya dilayan seperti kuli menjaga rumah dan ank2. Mujur saya kerjaya seya sendiri. Dalam kepayahan hidup bermadu, saya bangun melangkah kaki kehadapan.. saya tak nk tgk kebelakang lagi. Sy redho dan pasrah hidup bermadu. Dalam diam, madu saya mohon penceraian dgn suami. Dan mereka berpisah, family suami saya menyalahkan saya atas penceraian tersebut. Saya buat tak tahu dan teruskan kehidupan. Saya masih tinggal berasingan dgn suami saya walupun jarak rmh hya dipisahkan oleh lift.
Puas saya pujuk suamu tuk tggl kambali dgn kami. Tapi suami dgn ego tinggi menyatakan die selesa dgn keadaan skrg. Duduk bersendirian. Hampir 2 tahun kami berasingan, saya mula bosan dgn keadaan skrg. Mana nak fikir anak2, bil bil rmh dan semua kos atas tgjwb saya . Akhirnya saya tewas dgn godaan dunia, sy berkawan dgn lelaki lain atas tiket kerja. Saya akui, saya takut dalam keadaan skrg.
Saya takut jatuh cinta dgn lelaki lain sedangkan sy masih bersuami. Dalam masa yg sama, suamo semakin jauh dgn kami. Suami buat hal sendiri dan sy dgn ank2. Akhirnya saya buat pengakuan pada suami bahawa saya menyukai lelaki lain dan mohon perpisahan kali ketiga. Sejak dari itu, suami mula berubah dan memujuk saya agar tidak bersikap dingin dgn suami. Ternyata, hati saya dah terlalu sakit sampai hajat suami untuk bersama tidak trtunai.
Berkali kali suami saya ajak utk bersama. Tapi saya tetap tak layan dan saya maklum kepadanya.. saya tidak layak untuk dia. Saya dah pun trlanjur dgn kawan lelaki saya Saya terlalu lemah dalam kasih sayang. Saya kurang mendapat perhatian dari suami dan akhirnya saya terlanjur dgn lelaki yang bukan suami saya. Niat saya kali ni tuk bercerai atas sebab saya sendiri kerana saya bukan yang terbaik utk suami saya. Kalao suami saya terbaca moment ni dalam KRT. Saya mohon maaf dan keampunan dari awak. Lepaskan saya tuk awak tidak menanggung dosa saya lagi.