Assalamualaikum admin..Tolong sharekan post aku ni, mngkin ada yg boleh bantu aku min..Aku seorang suami.. kami dah 5 tahun berkahwin.. sepanjang perkahwinan memang tak pernah la aku dapat hidu yg isteri aku ni ada melayan mana2 lelaki.. kira aku memang percaya dgn kesetiaan dia 100%.. cek hp dia pun memang tak pernah ada lock, dan tak de mesej2 yg bukan2.. memang tak pernah terlintas di hati aku untuk fikir yg bukan2 tentang dia.. jadi hati aku cukup senang ketika itu.. sehinggalah tiba satu masa sewaktu isteri aku selesai melahirkan anak ke 2 isteri aku ni pernah kantoi dengan aku ada hubungan dengan seorang suami org di pejabat dia sendiri.. aku dapat hidu perangai pelik dia dan bila selongkar hp dia memang betul ada mesej dengan lelaki tu, dan dia pun mengaku memang dia ada perasaan dekat lelaki tu..
masa tu hancur hati aku bila dapat tau perangai dia macam tu.. kepercayaan aku pada dia 100% dah musnah, terus aku terasa selama ni ditipu oleh lakonan dia.. dia cerita pada aku kononnya baru start berhubung dengn laki tu dalam sebulan yg lepas.. bergaduh teruk kami lepas tu.. tapi mengenangkan anak2 yg tersayang, aku tak fikir bercerai adalah jalan terbaik untuk masalah ni.. jadi aku tetap cuba untuk perbaiki perasaan aku, jiwa aku, kepercayaan aku untuk terus pertahankan rumah tangga yg dah aku bina ni.. tapi sekarang yg jadi masalahnya bila aku dah lalui benda macamni, aku dah jadi sangat2 susah nak percayakan dia sbb aku masih fobia dengan apa yg jadi dulu..
sbb dia dulu memang layan aku elok je dekat rumah sewaktu dia mula jalin hubungan dengan lelaki tu, kira aku tertipu dan langsung tak syak apa2 waktu tu.. jadi sekarang aku tak tau macam mana aku nak percayakan dia lagi dah, walaupun dia memang tetap buat baik dekat aku.. memang berkali2 dia kata dia dah takkan ulang lagi kesilapan dia tu, dia menyesal, dia nak berubah, tapi entah la.. aku tetap rasa fobia tu ada lagi..Aku dulu memang yakin dgn sikap seorang prempuan baik yg dinamakan isteri ni, apabila dia dah berkahwin, dah ada suami, dia akan hanya menyayangi suami dia seorang sahaja, pintu hati dia dah takkan terbuka untuk mana2 lelaki lagi dah.. walau macam mana teruk, miskin, sakit, susah suami dia, si isteri yg baik ni tetap akan setia pada suaminya.. tp bila benda camni jadi pada aku, aku jadi tersentak, aku rasa macam semua fahaman aku selama ni macam tipu belaka..
rupenye ada juga isteri yg akan suka pada lelaki lain dan sanggup curang pada suami dia.. ibarat pintu hati dia tu tak tertutup dan boleh dibuka oleh lelaki lain.. so sekarang aku nak tanya, adakah kejadian yg serupa ni bakal berulang dalam kehidupan dia, memandangkan pintu hati dia tu dah pernah trbuka untuk lelaki lain kan, ibarat dah diceroboh.. adakah dia masih boleh pertahankan untuk tutup rapat2 pintu hati dan perasaan dia selepas ni supaya tak akan diceroboh oleh lelaki lain lagi, atau macam mana? Maksud aku benda macam ni kalau dah pernah terjadi sekali, dia akan berulang lagi tak, atau memang boleh diperbaiki smula..
sbb aku nak kene perbaiki balik kepercayaan aku pada dia sbb memang aku dah susah nak percaya dengan dia sekarang ni walau macam mana dia berjanji sekalipun.. yg jadi masalahnya sekarang sbb benda ni terjadi dekat pejabat tempat dia bekerja.. jadi bila dia pergi kerja je hati aku dah mula akan trauma dengan benda yg pernah jadi dulu.. tolong bantu aku, mungkin korang ada nasihat atau cadangan yg boleh dikongsi dengan aku.. aku masih sayangkan rumah tangga aku ni bila tengok muka anak2 aku sedih kalau semuanya hancur disebabkan kecurangan dia.. apa patut aku buat..