Asalamualaikum krt, saya janda anak 2. Saya bercerai sebab bekas suami miskin dan kaki betina, saya sering dipukul, saya dihina dan maruah saya dipijak2. Masa saya menjadi isterinya, saya pernah dipaksa melayan kawan kawannya seramai 5 orang. Dan dia dibayar rm500, bukan sekali dua tapi berpuluh2 kali sehingga kan saya mengandung, suami paksa saya melayan kawan2 dia dan saya tak tahu anak yang kandungkan anak siapa. Anak pertama dan kedua saya tak pasti anak siapa sebab terlalu ramai lelaki yang berganti2 melayan saya.. Selepas saya melahirkan anak pertama, 20 hari selepas melahirkan, masih ada darah nifas, suami juga menyurus saya melayan lelaki lain, setiap kali saya melayan, sorang akan bayar suami saya seratus ringgit. Semasa dalam pantang saya sudah bersama 3 orang lelaki, Allahuakbar, hanya Allah yang tahu penderitaan saya..
Selepas anak kedua saya berumur 3 bulan, saya lari sejauh mungkin, saya sudah dibuang keluarga, saya tak tahu hendak lari kemana.. tiba lah saya di satu tempat, no hp lama saya dah buang, saya nak mulakan hidup baru, fb wasap lama semua saya padam, saya tak mahu kalau suami cari saya, saya cari kerja dari satu temat ke satu tempat, akhirnya saya dapat kerja sebagai pembantu rumah, puan saya mandul, 4 tahun berkahwin tapi belum mempunyai anak, syukur Alhamdulillah tuan dan puan sayang anak saya, mereka manja kan anak saya, beli macam2. Saya pula tak di layan seperti pembantu, mereka angaps saya seperti keluarga, puan bagi tau saya, dia nak bela anak saya. Dia nak kami bertiga tinggal sama dia. Anak saya dia nak ambil. Dan dia akan jaga kami. Alhamdulillah. Saya pula mengaku janda walaupun saya dah suami belum bercerai..
Kisah bermula bila 1 tahun kami tinggal disini. Anak saya mula panggl puan adalah ibu, puan makin sibuk jaga anak saya, kalau boleh dia nak jaga setiap masa, p mana2 dia bawa anak saya. Sampai melancong pun dia bawa, dia terlalu sibuk, saya tak kisah pun dia nak ambil anak tu. Sebab anak haram hasil dari entah mana lelaki.. oleh kerana puan terlalu sibuk, puan nak bawa anak saya jalan ke selatan tanah air. Oleh kerana tuan dan rumah tak ada yang urus, saya tinggal bersama tuan, tua dah tua, umur hujung 40 an. Saya bersetuju saja kalau itu yang puan mau. Dua2 anak saya puan bawa..
Disitulah kisah bermula, saya tau tuan angap saya seperti keluarga, namun saya mesti dapatkan lelaki yang boleh menjaga saya, dan lelaki yang mampu memberikan segalanya untuk saya, saya goda tuan, akhirnya dia jatuh ke pangkuan saya. Semasa ketidak adaan puan Saya layan tuan kami macam suami isteri 2 minggu puan bawa anak saya 2 minggu juga saya bebas di rumah.. bila puan dah balik, kehidupan kami normal macam biasa..
Selepas dari itu, saya tiba2 muntah2, saya hamil anak tuan, dan saya beri tahu tuan, tapi dia tidak mahu bertanggunghawab, Allahuakbar, bayi yang saya kandungkan anak dia. Tuan suruh gugurkan, saya cakap saya akan gugurkan. Asalkan dia bayar saya 1 juta.. kalau tak , saya akan bongkar semuanya. Dia janji akan bayar setengah juta dulu. Dan kemudian akan bayar setengah juta lagi.. lepas dia bayar, saya bawa duit itu lari, anak 2 orang tu saya tinggal kan disana. Yang jadi masalah, setengah juta sampai sekarang dia tak bayar. Ada kah patut saya bongkar semua ini? Dan anak ni saya tak gugurkan.. terima kasih..




