Selamat petang admin… Saya just mau meluah. Saya seorg isteri anak 4. dulu mula2 kawin suami saya kuat minum arak sampai berhari2 tak balik rumah..
Kalau balik rumah pula selalu mengamuk. Lama kelamaan dia berubah dan stop minum. Saya bersyukur. tapi perubahan dia tu bukan perubahan yang bagus…
Suami saya makan daddah. selama
bertahun2 saya sabar. kena makki hamun. Kena pukkul, bersabar sebab menanti sinar baharu tapi tidak..
Saya bersalin berpantang sendirian. Di rumah buat hal sndari bila kehabisan stok barangnya dia akan tidur sepanjang hari, makan dan makan sahaja kerja dia.
yang memalukan saya. kami menumpang rumah keluarga. smua isi dapur ibu bapa saya yang sediakan. Suami sudahla kerja tak menentu kadang2 ada duit dia lebihkan syaabu..bangun jam2,3ptg marah2…asal salah sikit siap. Sekarang suami saya tak kerja, Duit r0k0k semua saya bagi sedangkan saya berniaga kuih kecil2an ambil tempahan dari luar. Bila sampai masa mau daftar kan sekolah anak tanpa rasa bersalah dia suruh saya berhutang Allahuakar.
Sampai bila saya akan bertahan. Saya cuma minta semangat dari kawan2 untuk terus bertahan hidup. Saya sendrian dalam segala2 hal. Sengsara perasaan saya. Hari2 berkali2 makan pingan sudu gelas ampai merata2 simpan pergi sinak pun malas. harap saya semuanyaa. Dia anggap isteri ni hamba abdi. Saya tak tahan takut lama2 jadi gila kalau Minta cerai memang tidak laa kena cerai.




