salam Admin KRT. untuk yang ke entah berapa kalinya saya sekali lagi dibebani oleh perasaan yang saya sendiri tidak mahu diluahkan kepada siapa. Im pregnant. Husb kerja makan gaji. as side income dia jadi grab. so masa di rumah memang hanya ada bberapa minit. balik for lunch n dinner saja. lepas tu kerja atau buat grab. First is, saya sangat keseorangan. mahu sangat ada kawan nak bercerita. morning sickness masih ‘menyerang’ tapi saya tetap gagahlan diri sediakan something untuk dia makan.
Tapi lately, saya nampak dia sedikit berubah. Bila dia stay di rumah dia sibuk dengan hp. game, fb, dan yang lain2 saya tak tau. saya tak nampak sebab dia seolah suka menjauhkn diri. Selalu dia akan merokok di koridor rumah. saya akan duduk sama konon nak bcerita. tapi belum sempat buka cerita dia akan buang rokok yang tak habis lagi dan masuk duduk sofa sambil main hp.
Di hari lain, saya cuba approach dia yang sedang main hp , tapi macam biasa dia selalu menjauhkn diri. Bukan sekali dua, tapi berkali kali. i try untuk slowtalk, i prefer face to face tapi mana ada kesempatan. kalau dia off day, sehari suntuk buat grab. balik smpi 2 3 pagi. tapi hasil saya tak pernah nampak. saya positifkn fkiran myb dia nak menabung untuk future child kami. Tapi, akan masa2 saya nak sangat makan satu2 benda.
Dia akan belikan tapi sebelum dia bagi saya apa yang saya nak tu, dia akan tunjuk resit harga barang tu. tak kira rm1 atau rm10 dia akan tetap tunjuk. kata duit dia dah berkurang untuk beli makanan tu. Baru2 ni minta dia belikan kurma sebab saya tak lalu makan nasi dia belikan tapi sampai saja di rumah dia tunjuk saya resit. “ni hah rm35 mahal gile. tak boleh selalu beli” saya hanya ucap terima kasih dan try to fake a smile.
Saya try untuk tak minta dia belikan apa2 tapi sometime saya tak dapat control perasaan nak makan sesuatu. saya tak bekerja. dia tak benarkan. Duit bulanan jaga dia tak bagi. dia handle semua perbelanjaan. saya faham sebab gaji dia bukannya banyak sangat. tapi saya sesekali tertanya hari offday yang dia habiskan untuk buat grab tak kan langsung tak ade income. Dia selalu bagitau kurang pelanggan. saya ni jenis tak banyak cakap. yes. im weak. saya ada satu naluri tak nak buat dia terasa hati. saya tak nak buat dia sakit hati. saya selalu nak jaga hati dia.
And…hari ni, Dia Tak kerja. dari pagi dia buat grab. and balik rumah for lunch. lepas tu dia tidur. tidur dalam 3 jam. masa dia bangun tu nak pergi bersiap nak buat grab, saya tengah sidaikan kain kat belakang. bila saya keluar dia dah tak de. dia dah pergi. dia tak bagitau saya langsung. simple kan? tapi kesannya buat airmata saya jatuh. betulkah saya dah tak makna di mata dia? Hari ni saya betul2 menangis sampai sakit kepala. saya tau tak baik untuk baby. tapi perasaan ni dah terlalu berat. i cant do this anymore.




