Assalamualaikum admin.. saya ada post hari tu pasal kes laki suka main judi 0nline. smpai semua duit habis min. duit nafkah yang tinggal rm70 dia ambil semua dalam beg duit saya. menangis min… Sedih nya hanya allah yang tahu, anak saya usia 2 tahun tertumpahkn minuman dekat depan peti ais, saya geram letih stress saya terpukkul sikit tangan dia, pukkul seorang ibu bukan kuat pun sekadar marah pukkul pun tak berbekas min.
Suami saya marah kata saya asyik main hp, tak layan anak2. kalau saya ni asyik main hp sapa yang masak bagi anak makan. baju kerja dia sapa yang basuh hari2 min, anak dia berak sehari bukan nya sekali. Berkali2 tak ade pulak dia nak fikir. dia ugut nak call mak ayah saya nak makki mak ayah saya min.. dia sruh saya berambus dari hdup dia supaya takmenyusahkn dia lagi.
Saya cakap memang aku akan berambus tapi aku tak kan bawa sorang pun anak kita hang jaga la dua2 aku tak nak langsung.. sambung pasal minuman tumpah tu dia suruh saya ganti. kalau tak ganti. dia balik kerja nanti dia nak pukkul saya min dia cakap. mana saya nak cekau duit. yang dalam bank pun dia dah guna habis main mesin. Transport pun saya tak ade min..
Saya cakap sebelum ni aku kena pukkul dah teruk. Aku tak hairan kalau hang masih nak pukkul aku.. bila saya suruh dia ceraikan saya dia tak nak. dia cakap adik beradik dia tak nak datang rumah saya sebab saya bela kucing adik2 dia tak selesa sebab sebelum ni adik2 dia kerap datang rumah..
Masa dia marah tadi, dia tengah makan. Saya hidang kan nasi untuk dia makan sebelum pergi kerja dia nak campak botol air 3 liter dengan pinggan nasi dekat kepala saya. langsung dia tak hargai saya min. penat2 saya masakkan untuk dia..l sebab tak nak dia berlapar. saya rasa nak lari sekarang ni tinggl je anak2 dalam rumah. Saya lari minta tolong orang tepi jalna je nanti..




