Asalamualaikum min. Asalamualaikum makcik puaka semua. Harap korang tak kecam sebab aku betul2 nak minta pendapat korang.. macam ni min, aku dah berumah tangga selama 3 tahun. Sebelum ni aku tinggal rumah mertu, isteri aku ni seorang wanita yang lembut. Aku tinggal rumah mertua sebab nak jimat min. Lagipun rumah mertua dekat tempat kerja aku. Gaji aku sebulan 2k je min. 1k untuk ibu aku dan rm500 untuk lagi untuk isteri ku. Aku pula ambil yang rm 500. Aku tak bayar apa2 bil min sebab aku pakai motor je pegi keje.
Aku makan pakai semua isteriku yang urus. Mertua ku pula macam tak suka dengan aku min. Selalu sindir aku macam2. Yelah min, gaji aku takat 2k je. Anak2 dan menantu dia yang lain gaji 10k. Siapa lah aku.. pernah sekali min, aku balik kerja terus makan, mertua aku ambil semua makanan atas meja tu. Kejam min mertua aku. Isteri aku bagus sangat min, dia minta maaf dengan aku atas apa yang ibunya buat. Aku sentiasa maafkan isteri aku..
Pernah sekali min, mertua ku suruh aku ceraikan isteri aku. Katanya aku pemalas. Gaji takat 2k. Leastu tak belanja apa2. Tau makan je. Hancur luluh hati aku min. Hanya itu je aku mampu min.. aku nak bawa grap tapi kereta pun aku tak ada.. makin hari aku di hina lagi dan terus hiba lagi.. aku dah tak tahan. Aku keluar dari rumah tu.. aku ajak isteri aku sekali.. isteri aku setuju dan kami tinggal dirumah ibuku..
Walaupun aku tinggal dirumah ibu. Aku tetap bagi ibuku rm 500. Isteriku redha je min tempat ibuku. Isteriku buat semua kerja rumah. Ambil hati ibu. Tapi sayang min. Ibuku tak suka isteriku.. kami kawin tak direstu min. Ibuku tak suka isteriku dan ibu isteriku tak suka aku.. namun isteriku tetap sabar..
Ibuku menyatakan hasratnya untuk menikah kah ku dengan adik sepupuķu. Sebab isteriku sampai saat ini masih tidak dapat melahirkan zuriat. Ibuku mahu kan cucu.. aku sebenarnya tak mahu kawin lagi min, tapi atas desakan ibu, aku terpaksa. Aku nyatakan niatku kepada isteriku, isteriku tidak setuju min. Ibuku cakap kalau tak setuju aku kena ceraikan isteriku. Tapi aku masih sayang min.. aku terpaksa nikah senyap2..
Aku kawin dengan perempuan itu tanpa pengetahuan isteriku. 3 bulan berkahwin akhirnya perempuan itu hamil. Aku sangat gembira min.. dan mulai saat itu. Aku lebihkan masaku untuk isteri kedua. Tempat isteri pertama hanya sebulan 2 kali saja. Aku buat alasan kalau aku kerja lebih masa padahal aku di tempat isteri kedua..
Akhirnya semua kantoi min. Isteri aku dah tahu semuanya.. masa tu aku tak tahu dari mana isteriku dapat tahu semua ini? Masa tu juga. Isteriku mengamok, kereta yang aku beli, habis isteriku pecah kan, isteriku yang soft tetiba berubah menjadi singa betna. Isteriku pukul aku pakai penyapu.. ibuku datang lalu isteriku memaki ibuku. Isteri ku cakap nak campak ibuku kelaut bagi ikan jerung makan. Allhuakbar. Isteri ku berubah sekelip mata..
Aku tenangkan isteriku. Tiba2 isteriku muntah2.. rupanya isteriku hamil. Aku bawa isteriku ke klinik. Isteriku hamil min. Anak kami kembar. Allahu.. aku cerita kat mak. Tapi mak tetap suruh kami bercerai. Dan isteri kedua juga tengah hamil. Dan isteri kedua minta aku ceraikan isteri pertama sebab isteri kedua takut di apa apakan oleh isteri pertama Apa perlu aku buat min? Sekarang ibu dan isteri kedua trauma.. ibuku sekarang lebih banyak termenung. Aku tak tahu kenapa min. Isteri pertama cakap kalau nak ceraikan dia. Jangan harap dapat jumpa anak. Ya Allah buntu nya aku..




