Assalamualaikum. Min hide profile ya…
Saya seorang isteri. Saya berkahwin dengan suami yang baru pada 2017 bulan Mac selepas bercerai dengan suami pertama tahun 2013. Sepanjang perkahwinan dengan suami ke dua. saya tertekan sebab die selalu cakap pasal bekas suami saya dan selalu compare tentang layanan saya pada dia dengan macam mana saya layan bekas laki saya.
Saya disahkan mengandung sebulan selepas nikah. Dan sepanjang tempoh mengandung saya alah teruk. Dan disebabkan itu saya selalu tak bermaya. Saya bekerja dan sering ponteng kerja sebab saya tak larat. Tapi suami macam tak faham. Saya tak dapat nak urus rumah dengan baik saya tak berhias dan saya menolak bila dia mahu bersama. Dan kami sering bergaduh. Dan setiap kali itu juga dia sering ungkit hal bekas suami saya… hal masa lampau saya yang liar. Dan akibat tertekan saya luahkan perasaan di media sosial Tampa saya sedari sebab rasa sedih dan rasa Marah yang tersangat sangat.
Ye saya akui saya telah memalukan suami saya. Saya juga mintak dia menceraikan saya. Sebab saya tak tahan dengan sikap dia. Suami saya dah menceraikan saya 4 kali dan ini kali terakhir. Alasan sebab saya push dia dan memalukan dia di media sosial. Saya terima. Tapi adakah saya salah untuk memintak cerai n bertindak di luar kewarasan saya sebab kata kata suami dan tekanan yang saya hadapi? Dia juga pernah bagitau ayah saya die nk ajar saya hidup susah. Nak sewakam Bilik untuk saya dan biar saya rasa tidur atas lantai dan pakai kipas. Macam mana mak dia rasa dulu. Saya sangat sangat tertekan min.
Yang terkini. Suami menuduh saya curang kerana saya menghubungi bekas suami untuk meminta dia jumpa anak2 kami. Saya ada 2 orang anak hasil perkahwinan pertama. Dan bekas suami tak pernah ambil tahu hal anak2. Jauh sekali memberi nafkah. Saya beritahu suami yang saya mahu melawat kawan di kl. Tapi saya tak pergi. Sebab saya tahu itu salah. Tapi suami still angap saya curang.
Saya keluar rumah berkali kali dalam perkahwinan saya sebab saya tertekan dengan kata kata suami saya. Dia menghina ibu bapa saya. Mengtakan mereka bodoh tak pandai didik anak. Saya tertekan dengan kata kata dia yang dia bagi makan kedarah anak2 saya. Saya tertekan dengan kata2 seolah olah dia tahu layanan saya pada bekas suami saya.
Dalam pantang 25 hari nifas belum kering penuh dia dah bersama saya walaupun saya cakap saya belum ok Kemudian saya sakit rahim saya jatuh, dan kami bergaduh sebab saya jumpa dia mesej perempuan dalam fb. Asyik add dan mengatal. Saya dalam pantang. Kami bergaduh dan saya di hantar balik rumah mak saya. Dan akibat dari dia bersama saya tu rahim saya jatuh. Saya beritahu dia. Dan kemudian saya mintak orang berurut datag rumah. Tapi dia setakat dengar. Tak ade nak bagk duit atau nak datang.
Adakah saya nusyuz? Adakah saya isteri yang derhaka? Saya stress sangat. Baru selesai 60 hari pantang yang berapa pantang pon. . Saya tertekan dengan dia sampai kadang saya rasa nak jadi gila. Dia selalu cakap saya nusyuz saya isteri derhaka sebab menolak bila dia nak bersama. Tolong saya. Adakah saya isteri yang jahat?




