Salam warga krt. Saya seorang Janda dan mempunyai seorang anak. Saya pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang berpewatakan warak, berketurunan baik2. Mak nya seorang ustazah. Saya akui saya bukanlah wanita yang nampak muslimah. Tapi sebagai isteri saya tidak pernah curang padanya. Saya seorang freelance make up artist & secretary. Bole dikatakan berpewatakan menarik dan ada rupa. Bekas suami hubby saya bekerja di Bank dan dikenali dengan gelaran Lelaki jambu. Hubungan kami selalu takaman sebab dia jeles.
Tiap kali perbalahan dia akan mencari pelacr pondan untuk membalas dendam pada saya. Saya memang jahil tapi sepanjang tempoh perkahwinan kami saya tak pernah curang padanya. Sampai la satu hari saya menghidapi penyakit misteri Saya tidak mampu bangun dan tiap kali nak buang air saya menangis Rahim saya bernanah. Saya sedih dan berdoa Allah ampunkan salah saya jika saya berdosa pada suami. Akhirnya tanpa disiasat kantoi yang suami saya seorang yang suka kaum sejenis. Hancurnya hati saya bagai dunia nak rebah ke pangkuan. Saya menghidap penyakit kelamin yang tiada ubatnya.
Saya akui kehidupan saya agk terbuka dan bergaul dengan orang ramai tapi sebagai isteri saya cuba membantu dalam segi kewangan kga, mkn minum suami. Bekas suami seorang yang pandai mencari wang begitu juga saya. Apa saje peluang yang boleh jana pendapatan kami lakukan. Lama kelamaan saya makin tahu rentak curangnya kami cuma bersama 3 bulan sekali. Sikapnya berubah. 10 kali bertaubat nasuha dan buat kembali. Bila saya failkan penceraian ibunya seakan menyalahkan saya. Saya suruh bekas suami terangkan pada ibunya. Kerana anak sang ustazah tak mungkin buat sebegitu rupa.
Akhirnya ujian darah dibuat ternyata saya dijangkiti olehnya. Sekarang saya takut untuk mendekati mana mana lelaki. Saya hidup bersama anak saya dan ibu. Bekas suami saya masih menanggung anak kami. Rupanya Bekas suami ada mgadu pada mak saya ckp nature kerjaya saya terlalu terbuka. Segala aibnya saya simpan rapi. Kononnya katenye tak dapat terima keadaan kerjaya saya. Sedangkan bukti2 kecurangan nya sume saya simpan. Perbualan tak senonoh dengan pondan. Saya juga tak nak bekas suami malu bdepan dengan family saya.
Kini dia berjumpa dengan perempuan lain muslimah bertudung labuh. Saya kesian dengan wanita malang itu. Di angkut ke rumah bujangnya. Bertudung labuh tapi Maruah mana maruah? Saya pernah terserempak bila nak hantar anak padanya sebab Bekas suami mahu berwiken dengan anak. Saya terus tak benarkan ank masuk ke dlm rumah. Saya tak berniat memburukkan perempuan bertudung labuh. Jangan jadi mangsa lagi.
Dengar kata mahu berkahwin. Selamat menularkan penyakitmu wahai bekas suami. Sampai sekarang saya masih trauma nak berkahwin saya sudah ada tunang tapi saya serik dan takut akan menjangkiti pasangan saya. Walaupun ada caranya tapi risiko 80% akan terdedah untuk dijangkiti. Bodhla kau perempuan gadai maruah dah kahwin dia buat kau macam kain buruk.