Assalamualaikum arga KRT semua, saya nak minta pendapat kalian semua, sebelum tu saya akn bercerita tentang kehidupan rumah tangga saya, usia perkahwinan saya sudah mencecah 8 tahun. Saya berkahwin dengan seorang duda anak 2 (1 laki 1 perempuan). Perbezaan umur kami 12 tahun.
Saya berkahwin atas dasar kesempitan untuk membuat keputusan sebab saya rasa terhutang budi sebab suami saya tolong carikan kerja dan tempat tinggal ketika datang ke KL (Itu janji dia waktu ajak saya ke KL), walaupun ketika saya datang ke KL, saya belum dapat kerja.
Mula-mula saya dah give up sebab dah biasa dapat gaji, tiba tiba tak ade gaji kan.. Saya kenal beliau ketika dia baru selesai kes perceraian di mahkamah. Maksudnya waktu itu dia sudah pun Duda. Mula-mula Dia cakap dengan saya dia anggap saya tidak lebih dari seorang adik sebab time tu saya sudah ade “boyfriend”.
Tapi Lama kelamaan dia makin hari makin ambil berat tentang saya. Bagi aku dia mmg baik, Selama 2 bulan saya tak bekerja, tapi dia yang banyak tolong sampai satu tahap dia luah perasaan dia.
Waktu tu saya dah rasa serba salah, dan dia suruh saya buat keputusan, sama ada pakwe saya atau dia? Dalam keadaan saya yang baru nak bermula hidup di KL saya terperangkap untuk buat keputusan. Saya taknak mak ayah risau tentang saya.
Jadi saya ikhlaskan diri buat keputusan terima dia. Sebelum bertunang saya dapat kerja di sebuah company sebagai Account, dan kami bertunang, sebelum kahwin Allah bagi rezeki kerja di tempat lain Account jugak tapi Gaji tinggi la cikit sebab saya berkelulusan Degree, dan tak sampai setahun kami berkahwin (hujung tahun 2010).
Perkahwinan kami di anugerahkan seorang anak lelaki dan sekarang berumur 7 tahun. Selepas setahun lebih kami berkahwin, Allah bagi ujian, Suami saya ditimpa Brain Str0k , Terlantar dan tidak boleh makan secara normal hanya bergantung pada susu melalui “Ryies tiub”. Ketika ini anak saya berumur 1 tahun. Saya bekerja sorang diri, untuk menanggung segala tanggung jawab,
ketika ini hanya Allah saja yang tahu beban yang saya pikul, dengan susu anak, susu suami lagi, tanggung jawab lain.
Dia dapat pencen tapi cukup sekadar untuk beli susu dia dan bayar hutang kredit kad yang dia buat sebelum kahwin dengan saya. Waktu tu saya kena bayar 2 biji kereta, duit rumah dan segala perbelanjaan semua saya yang tanggung.
Saya korbankan tenaga, waktu, kawan2 demi keluarga saya. Siang keja, balik sambung uruskan kerja rumah dan hal lain2. Alhamdulillah tahun 2015 hutang kereta dh habis dan suami dah boleh bergerak dan berjalan, tapi belum boleh makan. Saya sentiasa bagi semangat untuk dia hidup.
Saya tak malu bawak dia ke hulur ke hilir untuk bagi dia semangat kembali untuk hidup walaupun ketika itu dia masih pakai “ryies tiub” untuk susu, badan pun dah terlalu kurus macam mqyat hidup la orang cakap. semua orang dah bercakap kenapa saya tak tinggalkan dia dan cari hidup baru.
Saya nekad saya akan jaga dia seikhlas hati saya. Saya tak pernah lupa untuk belikan dia barang yang dia suka, walaupun kadang2 barang yang dia suka tu di luar kemampuan saya. Saya akan kumpul duit atau waktu saya dapat bonus. Janji saya dapat beli barang untuk dia dan anak dah cukup untuk saya rasa gembira. Dengan berkat doa dan semangat, dia makin beransur pulih, pada Feb tahun 2017 beliau dah kembali sihat seperti normal. 5 Tahun Allah bg uijan pada saya,
nak di jadiakn cerita, oleh kerana 5 tahun dia tak dapat makan macam orang normal, dia makn apa yang terlintas di fikiran dia hingga dari kurus sampai jadi gemuk, dan ketika ini dia kembali ke perangai asal dia, siang lebihkan tidur, malam keluar lepak balik pukul dia Antara 2-4 pagi.. Ye la dia tak kerja mengharapkan pencen..
Ini perangai sewaktu sebelum kena str0k. Kalau dulu anak saya masih kecil, saya sakit ke, anak sakit ke tak pernah diambil tahu.. saya checkup waktu pregnant pun tak di teman. Saya sarat mengandung pun balik kerja kena ambil anak tiri sekolah petang hantar kt rumah mak dia..
2 orang anak dia tinggal kat umah mak dia. dulu dia kerja fleksibel, balik awal tidur kt rumah, malam keluar lepak.. Saya di konkong tak boleh keluar dengan kawan-kawan. Kalau keluar pun dengan mak dia atau sedara mara dia. Hidup saya pergi kerja dan balik kena uruskan kerja rumah.
Dia duduk rumah tidak bekerja, tapi kerja-kerja rumah pun tak pernah ambil tahu, hal2 anak sekolah pun tak ambil tahu. Semua saya yang kena uruskan. Sekali lagi Allah menguji dia jatuh sakit lagi sekali. Di sebabkan dia makan dan tak exercise, (orang cakap makan tidur), pada Nov 2017 dia terus dapat 3 penyakit (Jantung, Kecing Manis dan Buah Pinggang). Hidup dia keluar masuk Hospital semula dan saya sekali lagi berulang alik ke hospital.. Dan sekarang dia masih kena followup pergi hospital..
Apa yang bermain di fikaran saya sekarang, Hati saya hancur selepas dia Jatuh sakit kali ke dua Sampai bila saya yang harus menanggung segalanya? Dia tak pernah fikir ke beban yang saya tanggung selama ini. Sampai satu hari saya ada share cerita dengan bos saya sebab setiap kali Bos ajak makan after kerja dengan staff lain pasti saya bagi alasan sampai satu hari saya taktau nak bagi alasan apa dan saya jujur cakap husband saya tak kasi.
Sebab pernah gaduh besar Company ada buat function dekat PD saya join, tp balik dia marah2 saya. Bos saya siap bagi pendapat, saya dah kena buat keputusan sebab kalau dia sayaang saya dia takkan biarkan saya yang uruskan semua hal2 rumah sebab dia tidak bekerja, mmg dia ada sakit tp bukan terlantar.
Dengan hidup saya di konkong, bill handfon saya pun siap mintak summary. Dan ada satu malam baru2 ni, saya discuss dengan suami saya, saya cakap saya dah tak mampu untuk tanggung semua ni, bukan sebab ade org lain atau apa tp diri saya sendiri.
Kalau saya nak mencari yang lain atau yang lebih sempurna saya sudah mencari ketika dia sakit terlantar selama 5 tahun sebab saya bukan takde rupa, saya juga ada kerjaya sendiri. Tapi saya banyak fikir anak dan kesiankan dia, setiap kali saya terluka saya akn ingat bnda baik yang dia pernah buat pada saya.
Hidup saya stress dengan apa yang saya lalui sekarang. Saya ada minta supaya dia lepaskan saya dengan cara baik. Tapi dia cakap dia takkan sesekali lepaskan saya.
Dan dia minta tolong sanagt2 jangan pergi mahkamah sebab dia sendiri tau kalu saya pergi mahkamah memang dia akan terpkasa lepaskan saya sebab dia tak mampu bagi saya bahagia.
Saya Redho kalau dia tak mampu bahagiakan saya sebelum ni tapi saya minta supaya jangan bagi saya menderita lagi. Saya selalu buat Solat istikarah dan solat Hajat untuk bagi petunjuk pada sayaa, setiap Kali saya ada dengan dia hati saya berkata2 nnt nak pergi mahkamah.. Saya Minta pandangan dan Nasihat kalian semua sebab sekental mana pun hati saya, kudrat sorang isteri ada hadnya.. Kadang2 jiwa tak tenang.