Assalammualaikum..min tolong ya hide kan fb saya.. warkah ini buat lelaki di luar sana. hidup dan mat! semua di tangan tuhan.. perkahwinan pertama gagal akibat suami ada perempuan lain.. setelah 3 tahun hidup sorang.. atas kiraan orang aku kawen kali ke2 dengan duda anak 4.. aku dah tak kuat min.. Sendainya ini warkah terakhir seandainya aku memrejam kan mata aku tak mau anak perempuan aku terluka dan merana macam apa yang aku rasa.. hidup tak pernah bahagia.. bahkan tak merasa nafkah dari kedua2nya..
Dahulu dan kini.. aku tak mau anak pempuan aku derita, macam mana diorang lihat aku bergenang air mata min.. pada lelaki di luar sana.. susahkah nak menjaga hati dan perasaan isteri seperti mana kamu menjaga hati ibu kamu.. setiap isteri berhati lembut.. walau kadang mereka usaha juga untuk membantu meringanakan bebanan suami.. tapi bila perasaan tawar hati itu datang habis. Aku sedih bila perasaan aku langsung mereka tak hargai.. mental aku dah derita masa 8 tahun aku menikah dulu. sekarang 12 tahun.. pula aku berusaha untuk menjadikan rumah tangga aku seperti orang lain.
Cakaplah aku derita.. jangan anak2 aku juga merasa. Seandainya ini warkah terakhir.. demi tuhan aku tak pernah maafkan sesiapa yang pernah melukai aku.. tidak memberi hak aku, aku derita atas kebahagian orang lain. Aku tekanan dengan keadaan sekeliling.. jiwa aku sakit akibat seorang suami curang dengan aku.. aku sakit akibat suami yang tak mahu faham apa yang isteri berhak.. bahkan raya pon tak bermakna langsung.. bukan makin hari makin sempurna.. tapi makin merana..
ya Allah setiap dugaan yang kau berikan aku hadapi, aku terima, tapi aku hanya insan biasa ya Allah… andai ini warkah terakhir ENGKAU ambik alih jaga anak2 berikan kasih sayang yang dah berapa lama tak dicurahkan walau hanya tak sampi setengah jam jaraknya.. ENGKAU jaga anak sebaik mungkin kerana setiap apa yang kau lakukan pada aku tak mustahil pasti berlaku pada anak kita..
ibu mana sanggup nak lihat anak derita dek angkara lelaki.. walau dia masih kecil.. percayalah berbagai ragam lagi akan dia ketemu.. isteri tak minta mewah, tak minta intan permata tapi isteri berhak dilayan dengan sempurna.. ikut kemampuan,,baik tutur kata seperti kau berbicara dengan anakmu.. aku berhak dilayan seperti itu.. andai ini warkah terakhirku… ingatlah aku derita dan derita kerana kamu..




