Assalamualaikum admin n warga krt.. terima kasih jika sudi siarkan cerita aku.. aku lia (bukan nama sebenar). Hampir 6 tahun lepas aku pernah kawin di siam.. tapi hanya bertahan selama 3 bulan lebih.. kerana hubungan kami ditentang oleh ahli keluarga lelaki.. mungkin kerana dia anak orang berada.. aku hanya anak seorang nelayan.. kerana turut akan kata keluarga.. aku ditinggalkan.. masa tu aku langsung tak tahu yang aku dah pregnant..
Sejak itu aku terus bawak diri ke johor.. dan pada tanggal 03/08/2013 aku lahirkan seorang anak perempuan disana tanpa insan yang aku sayang disisi.. sakit dilabour room hanya ditemani nurse2 n doktor..dan juga dengan bantuan housemate yang sangat memahami..
Aku membesarkan anak sorang2 hingga lah anak aku dah berusia 5 tahun sekarang.. dah pun sekolah di tadika.. dan dia ex langsung tak tahu yang dia punya anak.. aku tak pernah bagi tahu dia sejak dia tinggalkan aku.. anak aku hari2 tanya mana ayah dia.. kadang2 dia termenung sampai menangis tanya kenapa dia tak ada ayah.. hanya Allah tahu bagaimana perasaan aku hari2..
mak ayah aku tiap2 hari col suruh balik dok kampung.. suruh aku cari penganti lain.. kata nya aku masih muda.. umur baru 33 tahun..mesti ramai yang nak…tu lah ayat mak setiap kali col.. tapi aku tak kuat nak dok kampung.. sebab kampung ex dengan kampung aku tak jauh pun.. lagi pun aku tak mahu family aku malu lagi.. raya tahun nie aku balik kmpg beraya dengan anak.. hari raya ke 3 baru ini.. aku dapat tahu ex aku dah pun berkawin.. entah lah cam mana aku nak gambarkan perasaan aku.. hancur, sedih semua bercampur baur.. susah nk lupa cinta pertama.. susah aku nk move on.. hari2 aku stalker fb dia.. sayang aku kat dia tak pernah padam..
Bila aku tengok gambar kawin dia dengan wife kat fb Ya Allah bagai dikoyak disiat hati nie.. bahagia nya dia kadang2 rasa seperti ada je yang menghasut di fikiran supaya contact dan bagitahu yang dia punya anak.. bodoh nya aku.. masih mengharap cinta yang tak pernah akan jadi hak milik aku… aku mengalah.. aku doakan dia bahagia dengan pilihan hati n dengan restu family dia.. mungkin aku akn terus hidup dengan cara begini n akan terus membesarkan anak aku tanpa menyusahkan n menyakitkan hati orang lain.. Wassalam.. tq admin n warga krt..




