Salam min.. tolong hide profile aku min.. Aku ni baru sahaja kawin masuk 5 bulan min.. Isteri aku salah sorang warga KRT ni jugak.. Tapi dalam masa 5bulan min, macam2 ada dugaan kami hadapi.. kami belum lagi ada anak, Mostly aku punya hal laa.. jujur cakap aku yang bermasalah.. aku tidak boleh nak kawal diri.. dulu sebelum kawen aku teruk sangat2.. addicted macam2 termasuk duit.. aku gelap mata min..
Dulu sbelum kawen, dugaan tidak begini min.. bila dah bkawin, terasa sangat2 dugaan dengan dengan duitnya, tak cukup duit dan makan.. Bila sudah jadi begini, aku mula rasa down dan mula terjebak dengan perangai lama.. dan Sekarang isteri aku macam sudah dapat hidu aku berubah aku banyak min zalimi isteri aku Aku banyak susahkan dia Aku banyak sakitkan hati die.. aku banyak aniaya dia
Aku selalu sisihkan die.. Aku selalu tipu die.. Aku salu tinggalkan die terkapai2.. Aku tiada duit, aku aakuik minta dia.. padahal aku bekerja.. aku ada gaji.. Tapi bila duit tak berkat, hasil apa pun tak nampak..
Sekarang isteri aku stress sangat2.. aku dah mula terbukak mata nampk betapa siksanya hidup die aku buat.. betapa susahnya hidup die aku buat.. betapa hancur dan terluka hati die aku koyakkan…aku cuba berubah, tapi bertahun aku hidup macam ni, amek masa yang lama sangat2 aku nak cuci tangan.. dalam masa sama, aku boleh nampak betapa besarnya dugaan Allah swt bagi pada kami..
Aku baru tersedar betape akungnya isteri aku pada aku.. betape cintanya isteri aku pada aku.. aku malu min nak mintak maaf depan die.. kalau aku buat salah, aku akan lari duduk kt mana2 untuk fikirkn balik salah yang aku buat tu, then aku cume say sorry dalam whasap jaa.. aku malu min nak berdepan dengan isteri aku sendiri.. malu sebagai seorang suami tak bagi nafkah selama ni.. tak bagi plindungan cukup sbelum ni.. tak bagi harapan jujur and tak penah tak menyusahkan hidup die spanjang mula pkenalan sampai dlm pkahwinan kami..
Aku buntu min tak thu kenape sbenarnya aku tak boleh nak kawal diri.. kenape aku tak boleh nak letakkan priority pada isteri aku sendiri.. Sementara ade kesempatan ni, aku nak cakap pada isteri aku tolong ampun kan aku.. Ampunakan lah aku untuk dosa2 aku selama ni.. aku thu terlalu banyak awak makan hati dengan aku.. aku thu awak banyak bantu aku selama ni.. ampun kanlah aku aku.. aku daa banyak sangat2 menzalimi awak sepanjang awak jd isteri aku.. aku abaikan tanggungjawab and nafkah aku pada awak… aku sedar aku yang aku hari2 sisihkan awak dari pandangan mata aku sendiri.. ampunakan laa aku.. aku malu dengan apa yang jadi, aku malu dengan ape yang aku daa buat pada awak, aku malu sangat2 nak menghadap awak.. aku takdapat nak kawal diri aku selama ni.. aku terlalu sangat2 rase selesa sebab awak selalu bantu aku dari segi duit, makan n belanja.. Ampunakan laa aku..
Pada warga krt, aku thu semunya salah aku.. aku thu anda sume akan marah.. tolong jgn sumpah aku macam2.. kesilapan aku sbelum ni aku jdkn pengajaran untuk mase akan dtg.. Tolong doakan aku.. doa anda sume akan bantu aku diakhirat nanti..Terima kasih min tolong siarkan..




