assalamualaikum.. mohon pendapat dan nasihat dari mereka yang bergelar ibu tiri. sekalipun itu cuma gelaran tipi bagi saya, saya tidak pernah menganggap saya ibu tiri sejak saya mmbesarkan anak yang ditinggalkan oleh ibunya sejak bayi itu 10 bulan dan saya mula mnjaganya sewaktu berumur 4 tahun. kmi hidup seperti biasa dengan kebahagian yang cuma kmi sekeluarga rasa walaupun hidup tak berapa senang tapi rezeki hidup bersama keluarga itulah paling berkat.
kisahnya bermula, selama bertahun lamanya kami hidup bersama, tiba2 muncul ibu kandung kepada anak yang saya sudah lupa siapa saya sebenarnya anak waktu ini sudah masuk sekolah menengah pada waktu itu, ya ibu kandungnya sudah berubah, bertudung dan nampaknya sudah berhijrah dia sendiri sudah mempunyai keluarga dengan mat salleh dan ada anak dan boleh dilihat sudah berada daripda cerita yang sya tau dia hidup miskin dengan bekas suaminya iaitu suami saya sekarang. saya bukan juga seorng yang tidak punya hati…
saya benarkan juga ibu kandung dan anaknya berhubung melalui telefon kerana ibu kandung kini tinggal diluar malaysia. namum hari berganti hari… keserasian antara anak dengan bapanya sudah tidak seperti dulu, saya perasan anak sudah suka melawan cakap, berahsia, bila ditanya perkembangan sekolah semua okey… memandangkan dia tinggal diasrama saya bole rasa pembelajrannya okey. namun, menjadi kerisuan saya apabila saya terbaca chat c anak dengan ibu kandungnya, seolah ibu kandungnya memburukkan bapanya siap menyuruh memblok fb, whtsapp saya dan bapanya kalau tinggal diasrama. di asrama telefon boleh bawa tetapi haruslah diserahkan kepada cikgu namun membuat saya kecewa apabila telefon itu dirmpas, rupanya si anak menipu kami.
saya terpaksa berurusan dengan pihak sekolah dan waktu itula saya tidak lagi membenarkan telefon dibawa balik asrama dan saya membaca semua chat mereka. sungguh saya kecewa dia mengajar anak itu memblok kami apabila balik rumah barula unblok dan selama dia diasrama semua cerita dia ceritakan dengan ibunya, apabila kami yang bertanya dia kata okey… dia siap mengadu dengan ibu kandungnya kalau dia stress balik rumah sebab takut kena marah oleh kami. ibubapa mana tidak marah kalau anak da kesalahan disiplin. ibubapa mana yang tidak risau…. saya tak pernah menganggap anak itu nak tiri sya..
saya layan seperti anak kandung saya sendiri… dan saat ini saya masih risau saya binggung, dulu sebelum ni tidak pernah anak ini berahsia,.. Adakah saya patut putuskn hubungan nya dengan ibu kandung nya? saya sayang suami saya walaupun dia ada masalah perangai sikit tapi dia tidak pernah seklipun lupa tangungg jawab dia pada anak lagi2 semasa dia sorang menjaga anak itu di waktu silamnya… kesusahn dia dimasa lalu sehingga kini kerana mahu anaknya terus hidup… saya sendiri tidak dapat bayangkan macam mana suami saya boleh berthan hidup membesar bayi 10 bulan lepas ditinggal ibu kandungny yang masih bersusu badan hanya kerana suami hidup tak senang… dan sekarang saya bsyukur juga ibu dia sudah insaf tapi apakah dengan membaiki hubungn mereka dapat membaiki hubungn anak dengan bapanya…
saya sendiri bingung saya kecewa… kenapa tiba2 dia datang adakah mahukan anak itu kembali pada dia dengan mnyuap duit kerana dia sudh kaya dengan suami baharu?, tidak bolehkan dia jaga saja anak dia dengan mat salleh tu? saya dalam dilema…. dilema seorg ibu yang tak sangka saya cuma ibu tiri…




