Slm min, saya ni nak tanya la pada kaum adam kan. Suami Saya ni ego tinggi sangat. Saya sudah give up dengan dia. Adakah patut dia kawen senyap2 lepas Saya dapat tau dia paksa Saya untuk terima semua Ni. Dia suruh Saya seronok Macam Biasa. Dia tak suka tengok Saya cemburu, Kalau Saya nangis dia marah Saya, dia Kata Saya ikut Sayaetan. Pelik la dia Ni. Oh ye, untuk pengetahuan, Suami Saya memang baik n bertanggungjawab orangnya, saya pun sangat sayagkn dia. Usia perkahwinan Kami sudah dekat nak Masuk 8tahun. Sebelum Ni Kami memang bahgia sangat2 Alhamdulillah.
Dia pun pernah bagitau Saya yang saya adalah anugerah terbaik untuk dia sebab dia sendiri Kata Saya ni sudah beri layanan terbaik untuk dia. Cantik, baik, panda layan Suami n pandai buat semua benda. Dia cakap tu. Tapi at the same time dia kerap gurau dengan Saya Pasal nak bagi Saya madu. Saya pun layan je la gurauan tu meskipun hati sikit terusik kan sebab saya memang percaya Kat Suami saya yang dia tak kan lukakan hati saya. Saya tak sangka dalam gurau2 tu dia memang Ada niat tersembunyi.
Hancur luluh hati Saya bila dapat tau yang dia sudah pun kawen senyap2 Dia saja nak Cari penyakit dalam rumahtgga Kami. Sebab dia bukan Ada awek pun, dia saja p Cari pompuan Kat perkhidmatan jodoh Kat satu page tu ha. Bukan dia kenal sangat pun. Dorang baru 3bulan kawen. Saya tak bole nak salahkan pompuan tu pon sebab memang laki Saya yang sendiri yang gatai. Saya mintak cerai dia tak bagi, dia kata dia masih sayag saya n tak nak lepas saya. Saya pun cakap la yang saya tak mampu nak terima semua Ni, saya sudah tak rasa seronok dengan perasaan cemburu ni.
Tiap kali Saya nangis dia tak pedulikan saya, dia Kata saya ikut hasutan Sayaetan je. Saya sudah merayu Kat dia Saya memang tak mampu nak melawan rasa jeles ni, pedih sangat terasa bila saya jaga anak2 yang masih kecik2, bila mlm dia tak balek rumah anak2 merengek tanya pak dia, saya hanya mampu menitiskan airmata. Tiap kali Dia nampak saya nanges dia marah saya n Kata, b nak kawen berapa ramai pun tu hak b ayang tak dak hak nak Masuk campur. Sombongnya ayat dia.
Saya sudah give up sangat2. Untuk apa teruskan Kalau Saya sudah tak bahgia? Hari2 menangis mengenangkan Suami yang disayang tgh beseronok dengan pompuan lain, manakala Saya penat jaga anak2 sorang. Kesian anak2 Saya kena tempias kerap tengok Saya bersedih n nangis hari2. Saya Kalau frust tambah2 nak dtg haid kadang Saya jd baran dengan anak. Marah anak2 pastu Saya sendiri menyesal sebab sudah bekasar dengan anak2. It’s out of control ???
Tadi pagi saya nekad bagitau dia “b cakap b pening tengok sayang nangis hari2 kan, b tak suka tengok ayang jeles kan, fine la Kalau Macam tu ayang nak mintak izin balek kampung ayang kena belajar untuk lupakan b n buang perasaan cinta Ni, supaya tak de dah jeles2 semua. Ye la, Kalau ayang sudah tak cintakn b automatically ayang sudah tak de sudah nak jeles nangis apa suma kan”
Dia Terus tak mau pandang muka saya, tak nak tido dengan Saya, tak nak makan masakan saya, Dia tak nak cakap dengan Saya. Dia Kata saya sudah derhaka Kat dia sebab mintak cerai tak Secara langsung. Nak tanya la Kat kaum laki Ni kan… Saya ni nak kena buat Macam mana supaya Suami faham derita bathin Saya ni
Apa agaknya yang Suami Saya rasa Kalau Saya cakap yang saya kena buang perasaan cinta kat Suami Saya.? Adakah dia akan menyesal dengan perbuatannya ataupun dia betul2 akan tinggalkan Saya Demi bini baru tu? Saya ni rumahtgga Kami bahgia Macam dulu tanpa Ada orang ketiga.. Mohon pencerahan. Tq min.