Salam Admin, Tolong hide profile. Saya nak tanya pendapat warga page ni. Saya 35 tahun kawin dah 8 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Isteri saya tawar hati kat saya dan penyebab utama adalah sikap saya dulu yang malas dan jugak ibu bapa yang isteri saya tak suka. Saya dah banyak berubah dan tinggalkan perangai2 yang tak elok. Solat yang dulunya jarang lengkap sekarang ni Alhamdulillah cukup 5 sehari. Saya cuba memujuk isteri saya setelah berubah tapi dia tetap tak nak kembali dengan saya.
Dia pun dah jumpa ‘penganti’ katanya dan ada hubungan dengan lelaki lain. Dia dah sewa rumah lain dan kami tidak tinggal bersama. Dia terang2 bercinta dengan lelaki ni. Dia pernah cuba tuntut cerai dan fasakh tapi gagal antara sebab adalah dia nusyuz. Satus kami masih suami isteri. Hak penjagaan anak dengan saya. Saya tak lepaskan dia sebab saya masih sayang kat dia dan saya fikirkan anak2. Anak selalu bagi tahu saya yang mereka nak kami bersama. Anak yang nak ibu dan ayah bersama. Setiap kali saya dengar saya sedih sangat. 8 tahun kawen saya setia dengan dia. Masa hidup senang dengan kemewahan dunia saya setia walaupun ada ketika kami berjauhan.
Saya berharap sangat dia berubah, insaf, taubat dan kembali kepada kami… terutamanya demi anak2 yang perlukan kami berdua. Tapi sekarang anak2 pun dia sanggup tinggalkan sebab dia tak nak bersama lagi dan terus bersama bf dia. Alasan dia adalah ibu bapa dan family saya. Sebenarnya dia malu sebab mereka tahu yang dia curang. Walaupun saya dah berubah dia tetap tak boleh terima. Malah dia pernah suruh saya cari isteri baru yang boleh jaga anak2 kami dengan baik.
Sekarang saya dan anak2 tetap menunggu dia pulang. Anak2 perlukan ibu… Family saya susuh saya cari isteri baru yang boleh terima anak2 dan tolong jaga mereka. Kalau saya kawin lain dan nanti dia berubah fikiran dan ingin kembali….macam mana pulak?





June 22, 2018
x yah kawen lain