Salam admin bole hidekan profil saya. macam ni min saya dah kahwin 7 tahun, 2 tahun lepas saya berkahwin lagi. sejak awal isteri pertama memang tak restu perkahwinan kami. tapi lama kelamaan isteri pertama dah ok. Masalah sekarang berubah bila isteri kedua mengidam anak pertama ni perangai dia menjadi jadi gillanya. siap uggut kalau saya pergi tidur rumah isteri pertama dia minta di ceraikan.
Sudah cukup aku bagi kelebihan isteri kedua aku ni. aku beli rumah, kereta, pembantu rumah. habiskan masa dengan dia. tapi sekali je dia dapat tahu aku makan dan tidur rumah isteri pertama dia memanas tak tentu arah. sampai satu saat aku sakit dan demam aku balik tempat isteri pertama. dia telifon dan whsap aku tak henti2.
sampai isteri pertama aku dia call dan whsap sedangkan isteri pertama tak pernah buat macam ni. Terus terang min aku lebih tenang bila dengan isteri pertama, kenapa lah aku boleh kahwin dua, adakala tu yang bermain di otak huh! buat wanita yang bergelar isteri kedua faham lah tempat kamu jangan buat suami macam hak kamu seorang jer!