assalamualaikum..salam ramadhan semua.. admin aku nak minta pendapat ni, pagi tadi aku bangun ber sahur dan kejutkn suami aku sekali tapi dia kata nak bangun jap lagi, lagipun dia ni memang suka tidur payah nak bangun, tiba2 sekali aku terlena sedar2 dah pukul 5.45am dah habis waktu sahur dia terus marah aku dia kata aku ni tak berguna kat dia lebih baik dia hidup bujang lepastu terus dia maki hamun kat aku siap macam nak ugut aku cerai, nak pisah kan aku dengan anak dan nak tumbuk aku.. aku kawen ngn dia baru 3 tahun.. aku dah tak tahan nak hidup dengan dia.. aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.. kalau aku bercerai dia nak pisah kan anak dengn aku..
Anak aku lelaki 2 tahun lebih.. sejak aku kawin dngan dia aku memang tertekan gila2.. dia bajet dia sempurna 100%.. dulu keja sendri duit sntiasa tak cukup.. ni baru dapat keja eletrikal dah brasa sombong… aku nak kerja tak bagi suruh aku duduk rumah jaga anak.. bila aku duk uma dia ungkit habis apa yg dia bagi.. siap dia kata aku tak layak untuk jaga anak sebab aku tak kerja.. dia boleh bagi apa yang anak nak. sedangkn anak bising sikit pon dia marah.. siap maki anak.. nak hempuk anak kat dinding bagai.. suami aku ni tak waras ke??aku bertahan pun kerana anak je..demi allah aku sekarang ni tak kuat dan bertahan sebab aku tak nak kehilangan anak aku je… rumah ni bagaikn neraka dunia aku…




