Assalamualaikum semua. Aku nak luahkan kat sini supaya aku dapat nasihat yang boleh aku fikir dan pertimbangkan. Aku rasa macam aku dah nak mengalah. Ya Allah. Aku dikurniakan seorang suami yang baik budi pekerti, pendiam. Tapi diam diam berisi. Aku banyak makan hati. Kami ada anak usia 7 bulan. Dah setahun lebih kami mendirikan rumahtangga. Tapi setahun lebih bergelar isteri menantu, tak ada satu perkataan bahagia yang mampu aku ungkap. Hubungan kami sentiasa diawasi oleh mak suami. Apa keputusan perlu bagitau dia. Dari mula nikah sampai sekarang kami menumpang rumah ibu abah aku. Ibu abah aku yang minta tinggal disini sebab suami aku masih tinggal hutang kereta 2 tahun dan loan ayah dia 5 tahun. dia yang kena bayarkan loan ayah dia sebab ayah dia cakap tak mampu nak bayar. Dia memang anak yang baik dengan keluarga. Memang ibu dia sayangkan dia. Sebab sebelum berkahwin apa yang diminta semua suami aku tunaikan. Ayah suami masih bekerja, masih muda dan kuat. Ibu suami kerja mengasuh budak. Aku hanyalah surirumah buat masa sekarang.
Aku taktahu apa yang perlu aku rasakan sekarang. Dulu mungkin aku diam dan bertahan sebab masih dalam tempoh perkenalan dengan keluarga baru. Tapi segala pengorbanan aku sepanjang setahun lebih hanyalah sia sia. Keluarga mertua hanya anggap aku jahat dan buruk. Baik mana pun aku, teringat mana pun aku ke mereka, mereka cakap semua tu hanyalah lakonan. Pernah aku keja sebulan lepas pantang. Gaji pertama aku, aku belikan keluarga mertua aku macam macam. Hanya niat untuk share rezeki gaji aku. Bermacam dah aku bagi, aku korban. Keluarga aku pun layan keluarga suami sangatlah baik. Walaupun keluarga suami fitnah keluarga aku, mengata keluarga aku, jatuhkan maruah keluarga aku. Tapi keluarga aku sedikit pun tak membalas. Sedangkan anak lelaki mereka pun belum dapat tunaikan tanggungjawab sebagai suami secara adil dan betul.
Bukannya anak lelaki mereka yang perlu bayar bil bulan bulan. Hanya sekadar bagi duit poket beli barang dapur. Itupun mak suami bising katanya keluarga aku bukan siapa siapa dengan suami aku. Jadi buat apa suami aku kena hulur duit. Adakah betul dia sebagai ibu ajar anak dia buat macamtu? Kalau nak cerita pasal mak suami memang tak larat nak type. Sebab terlampau BANYAK! Hati aku takda siapa yang jaga melainkan ibu abah aku! Mereka yang bagi sokongan selagi boleh bertahan. Bukan nak riak tapi keluarga aku lebih berada berbanding dengan keluarga suami suami tumpang senang tinggal dengan keluarga aku tapi masih mereka tak menghargai dan kata semua hanya lakonan.
YA AKU BUKAN MENANTU PILIHAN. MENANTU YANG KAMU HINA AKU JAHAT. MENANTU YANG BUAT ANAK KAMU BERUBAH. Tapi kamu tak tahu aku ni banyak berkorban. Bahagian nafkah aku sepatutnya tiap bulan, aku redha suruh suami bagi ke kamu. Sebab aku tau suami aku gaji cukup cukup makan. Belum duduk asing, kalau duduk asing entah apa kami makan hari hari. Yang kamu tau kamu hanya nak anak lelaki kamu patuh arahan kamu. Sedangkan apa yang suruh ada yang melanggar syarak. Mama guna kuasa IBU untuk tundukkan anak lelaki kamu yang kini bergelar suami aku. Suami aku pulak. jenisnya pendiam dan tak bertegas. Apa yang keluarga dia buat kat aku, keluarga aku. Dia banyak diamkan diri dan tak ambil tindakan. Aku ni terlampau banyak makan hati. Bukan aku nak suami aku jadi derhaka, tapi aku jugak ingin suami yang tegas bila keluarga sendiri rendahkan maruah isteri, anak, dan keluarga isteri. Bukan HANYA DIAMKAN DIRI!
Semalam keluarga aku belanja makan luar seluruh keluarga suami sempena birthday suami aku keluarga aku yang belanja keluarga suami hanya mai makan saja. tapi tak apa, memang niat keluarga aku ikhlas nak belanja. tapi kami jugak tengok cara kamu semua. Mak suami mula bakar keadaan yang elok. Hanya untuk naikkan kemarahan keluarga aku. Sedangkan mereka hanya mai menjamah makan saja satu sen pun keluarga aku tak mintak. Tapi ibu abah aku masih sabar dan tetap senyum. Suami aku? Hanya diam buat macam takda apa yang keluarga dia sakitkan hati kami. Aku makan hati, sangat sangat makan hati. Sampaikan hari ni aku terluah ke dia. Aku cakap kalau semua ni berterusan, dan dia masih takboleh suami yang pertahankan isteri. dan dia masih lagi nak berbakti dengan keluarga dia, pisahlah. kalau bersama pun, dia tak adil.
Sampai bila nak siksaa jiwa dan perasaan aku dengan sikap keluarga dia. aku makan hati takpa, janji keluarga dia tak makan hati. Dia cuma balas balik kata kalau nak naik mahkamah sangat naiklah. Kecewanya aku dengan jawapan suami. Mana tugas kau untuk pertahankan aku sebagai isteri. Bila dengan isteri kau boleh bertegas sampai kecewakan, bila dengan keluarga kau, kau jadi lemah dan hanya diam. Sekarang kami masih tak bercakap. Aku masih keliru apa perlu aku buat. Harap semua boleh bagi pandangan. Dan kalau aku perlu pegang status J, doakan kebahagian aku akan datang. Terima kasih.





January 2, 2019
Sabar Pn . Inilah rencah hidup berumahtangga . Ujian memang datang bertimpa timpa . banyakkan istigfar semuga allah memberi hidayah dan melembutkan hati hati mereka .
Janganlah sampai kepada status J. saya doakan yg terbaik .