Assalamualaikum Admin dan Warga KRT. Mohon admin hide kan profile saya . Sebelum tu ini kali ketiga saya buat luahan dekat KRT . Saya ada beberapa kemushkilan mengenai apa yang terjadi dalam rumah tangga saya . Semalam saya dan husband keluar makan luar Then saya post dekat status pic makanan yang kitaorang makan tu tak lama lepas tu MIL saya wassap husband saya then start membebel pasal makan mahal2 kat luar apa semua . Kebetulan saya ada beli kek secret recipe 2 potong . So dalam gambar tu nampak la 2 kotak kecik tu kek secret recipe . MIL saya cakap saya selera besar . Makan macam orang kaya . Tak reti berjimat .
Untuk pengetahuan semua . Ini baru husband belanja makan dekat steakhouse sebab dah dekat 6 bulan teringin2 nak makan . Kek tu pon sama dah 6 bulan terasa2 kat tekak . Baru ni saya merasa nak beli . MIL cakap saya memang suka menghabiskan duit laki . Pentingkan diri sendiri . Padahal saya pregnant dah masuk 8 bulan ni baru berani nak makan mewah2 . Sebelum ni tahan tekak sebab nak beli barang baby . Lagipon husband yang offer makan sebelum bersalin . Bila dah habis makan tu saya pegang enfon husband saya baca semua yang MIL saya tulis . Saya kecewa sangat2 dengan dia sampai saya menangis.
Dalam chat tu dia kata saya mengidam nak makan steak . Dia sikit pon tak backup saya . Bila saya nangis dia start serabut pastu marah2 saya sebab dia kata saya tak paham dia . Saya keruhkan keadaan . Dia cakap dia tak tahu nak pilih sokong isteri ke mak dia . Saya cakap lah kalau saya ni tak menyenangkan mak dia . Bukan menantu pilihan . Saya suruh MIL carikkan isteri lain untuk husband saya . Saya pon takkan selamanya nak makan hati . Husband saya tiba2 cakap . Kalau mak betul2 carikkan jodoh lain untuk dia apa saya nak buat ? . Saya jawab saya tak kesah . Janji anak dengan saya . Dia diam jer .
Tiba2 hati saya terdetik yang dia ada perempuan lain . Saya tanya dia . Abang dah ada perempuan pilihan mak ke ? . Dia cakap perempuan tu bekas tunang dia . Saya kenal perempuan tu . Tapi dia kata dia belum gila lagi nak tinggalkan saya sebabkan nak puaskan hati mak dia . Dia cakap 1 benda yang saya terkejut kecewa sedih semua ada . Dia kata kalau 1 hari nanti hati dia berubah untuk ex tunang dia tu . Kalau dia terima balik ex tunang dia . Dia ceraikan saya dengan talak tiga . Allahu longgar lutut saya bila dia cakap mcm tu .
Soalannya kalau 1 hari Allah balikkan hati dia pada ex tunang dia . Serta merta jatuh tak talak tu kat saya ? . Saya risau kalau dalam diam kot diaorang ada contact bercinta belakang saya . Maka jatuh ke tidak talak tu ? . Dan apa kesan2 talak 3 tu ke atas dia dan saya ? . Mohon beri kecaman yang membina . Saya dah nekad nak kuat demi anak saya kalau talak ini terjadi . Terima kasih semua . Doakan saya .