Salam warga KRT. Saya bukan nak cerita masalah tapi just nak kongsi sikit. Biasa terbaca pasangan bercerai-berai atas sebab kewangan dan cabaran dalam perkahwinan. Saya berasal dari keluarga agak senang ( mak ayah bekerja – pensyarah U dan Guru Besar sekolah, mempunyai orang gaji di rumah) berbanding husband (mak ayah peneroka felda). Saya dan husband graduate university. Lepas grad saya dapat kerja sebagai pensyarah dan husband di industry (ada perbezaan gaji disitu).
Hantaran kahwin saya hanya rm5k (10 tahun lalu) sebab family saya jenis tak kisah dan tak nak bebankan husband. Lepas dapat baby, saya sambung belajar ke luar negara untuk 1 yr setengah (syarat kerja). Husband tinggal di Malaysia dengan baby. Husband urus sendiri baby yang baru umur 4 bulan time tu (hantar pengasuh time kerja) sebab mak ayah still bekerja dan hanya weekend dapat lawat cucu dan mertua pula jauh.
Kalau orang luar tentu kata saya selfish sebab tinggal baby dan husband tapi saya terikat kontrak time tu Keluarga saya tak ade masalah sebab dah memang dalam dunia pendidikan tapi cabaran untuk yakinkan keluarga mertua dengan keputusan kami (mertua berfikiran traditional). Mertua amat terasa hati sebab saya tinggal baby dan suami sebab kerjaya. Lepas saya balik Malaysia barulah hubungan dengan family mertua jernih semula.
Perbezaan gaji saya dan husband lebih ketara masa tu. Tapi hubungan kami tak ade masalah, kesefahaman lebih penting. Lepas setahun macam tu, husband mula membina kerjaya dan perlu ke German untuk kursus teknologi baru (kursus 2 tahun di sana). Kali ni tinggal le saya yang sedang pregnant anak ke 2 dan anak sulung di Malaysia. Maybe karma untuk saya sebab tinggal baby dulu. Tapi, bila fikirkan husband yang lelaki pun boleh jaga anak sendirian, saya pun inshaaallah boleh.
Sekali lagi family saya ok aja bila husband kena pergi kursus tapi family mertua menentang keras sebab tinggalkan saya yang sedang mengandung sendirian. Lepas puas pujuk, husband pergi juga kursus tu. Saya terima sebab itulah peluang dia untuk peningkatan kerjaya dan buktikan dia boleh berjaya. Kalutnya saya uruskan semua sendirian susah saya nak gambar dengan kata2 (kerja, check up pregnant, urus anak sulung, beli barang baby baru, kelahiran anak dan berpantang tanpa suami di sisi, check up anak, anak demam etc)..
Lepas husband balik barulah kehidupan terasa sempurna seperti normal family yang lain. Masa ni Alhamdulillah gaji husband meningkat setara dengan kelayakan dan kemampuan dia. Selepas kehidupan terurus , stabil, anak2 membesar elok, saya ambil keputusan sambung belajar lagi kerana kehendak majikan dan passionate saya terhadap benda baru. Family saya dan mertua terima je kali ni sebab dah faham sikap ketegaq menantu bongsu diaorg ni dengan syarat sambung di Malaysia je.
Sehingga sekarang, saya dalam tempoh belajar (part time – doakan saya cepat grad, letih sangat dah ni).. kadang2 memang kalut uruskan kerja, belajar, rumahtangga, anak2, family sendiri/mertua .. Cuma, saya bernasib baik dan berharap sangat yang saya tak diuji dgn orang ketiga sebab saya memabg tak dapat terima. Saya boleh hadapi apa jua cabaran kecuali orang ketiga. Saya mmg dah warning husband akan akibat nya sangat tak elok untuk masa depan , jangan pernah terfikir pun untuk cuba kalau tak nak tengok saya jadi hijau macam hulk. Saya ada prinsip sendiri dan no turning back. Once ruin, its over.