Salam Admin. Mohon hide profile saya.
Cuma secebis kisah untuk dikongsi dan pengajaran buat yg lain. Saya berkahwin 5 tahun dan tiada anak, match maker, tidak bercinta selepas dikenalkan terus menerima beliau dan berkahwin. Keluarga saya alhamdulillah memang sangat disenangi menantu2. Suami seorang manusia yg tersangat baran dan bila dia naik angin, hilang segala rasa kemanusiaan dalam diri dan pernah ber berapa kali saya cadang kan suami berjumpa pakar psikiatri.
Keluarga suami kalau dilihat orang luar macam alim ulama kat fb tulis hadis2 pergi haji pergi umrah tapi buruknya hanya Allah yang tahu, gaji maid tidak bayar, buat maid macam hamba, maid bertukar ganti semua lari. Mertua jenis mulut kilat petir sebegitu juga akak ipar yang dah kahwin 3 suami semua cerai hidup tapi tak sedar diri dan tak pernah muhasabah diri tapi kaki membawang dan mengata orang merupakan geng baik ibu mertua yang suka mengata menantu2 tapi anak perempuan sendiri buruk tak dibetulkan sampai dah beranak pinak dan dah berusia pun.
Macam2 mengata menantu itu tak kena, ini tak betul cuma menantu jenis tak suka nak sound2 semula sebab suami jenis panas baran tahap sakit mental. Kalau orang luar tengok memang normal cuma orang yang lalui sahaja tahu betapa dahsyatnya keluarga ni. Kedekut tahap nauzubillah, tak pernah jumpa keluarga sekedekut ni, pernah kami pergi kenduri kahwin dan keluarga dia dengan mertua dan adik beradik suami serta cucu2 semua ikut, lebih la 20 orang yang makan nasi minyak, time nak salam sumbang boleh pakat2 sorang sahaja yang menyumbang. Dahsyat kan.
Bukan keluarga miskin ye, bsnsman dan semua berkerjaya elok.
Setelah macam2 dugaan yang saya lalui dengan suami kaya yang panas baran dan culas nafkah bulanan, menganiaya isteri ditambah dengan mulut akak ipar yang selalu kutuk sebab tiada anak, dan ibu mertua bengkeng dah naik haji dan umrah berkali2 tapi hati masih busuk dan tak pernah ambil tahu anak lelakinya tidak bertanggungjawap terhadap isteri. Sehinggalah bab harta benda dan rumah pun nak dinafikan hak harta sepencarian isteri. Walau isteri tak sumbang dalam pembinaan rumah, hak saya tetap ada sebab sepanjang kejayaan bisnes beliau juga saya tak pernah diberi merasa pun tunai. Untuk pengetahuan, bisnes suami income ratus ribu bulanan, tapi sebab malas nak bergaduh di mahkamah, saya cuma akan tuntut di mahkamah akhirat.
Saya sudah bercerai dengan suami. Nasihat saya kepada semua wanita di luar sana, sebelum berkahwin dengan lelaki, selidik dan siasatlah dahulu latar belakang keluarga. Jangan terpedaya dengan keluarga yang kita nampak dari luar alim tapi rupanya penuh kekotoran dalam hati. Kepada wanita2 yang bakal jadi ibu mertua, bersihkanlah hati, didiklah anak lelaki kita menjadi suami bertanggungjawap bukan sentiasa mencari salah menantu. Kepada bakal2 ipar, janganlah sampai pihak luar melihat kita ipar bawang yang jahat. Muhasabah diri byk2 sebelum menyakiti insan lain dengan kata nista kita.