Salam. Saya berkahwin 5 tahun blom ada anak. Suami workaholic. Selalu tinggal saya sorang walaupun sakit susah tak pernah ada. Selalu juga outstation. Susah call dan wasap. Tapi suami tak ada masalah perempuan dan sebagainya. Nafkah zahir batin ok cuma kalau outstation tu berbulan la. Kami tak serasi sejak first day kawen. Bercinta lepas kawen. Saya berkawan dengan suami dan kawannya lain tapi kami tak pernah rapat atau keluar berduaan. Jadi mungkin tak banyak saya kenal dia dan dia tak banyak kenal saya.
Family terima apabila dia dan keluarga masuk minang dan saya terima. Oleh sebab dia memang seorang baik. Selepas kawen. Saya baru tahu dia pemalas dan pengotor. Nak di layan seperti raja. Saya setiap hari menangis kalau dia ada rumah. Sebab saya PENAT di layan seperti hamba. Segalanya saya buat sendiri. Tak ada benda boleh diborak dengan suami oleh sebab dia tak suka berborak. Bz dengan kerja sahaja.
Selama lebih 4 tahun saya sabar dan sakit susah derita saya seorang. Tak pernah dipedulikan. Sampai saya failkan cerai. Tapi belum berjaya oleh sebab suami tak nak lafazkan talak Dan saya tak ada bukti dan sebab kukuh untuk bercerai kerana nafkah zahir batin tak ada masalah . Suami juga tuntut cerai khuluk kalau saya nak berpisah juga. Di mana dia tak nak lepaskan segala harta sepencarian dengan saya. Dan kini masih tergantung. Suami buat deals untuk paksa saya kembali padanya. Dan ada beberapa perkara dia nampak berubah sikit sikapnya itu. Saya ada beberapa pertanyaan dan saya keliru.
1. Deals suami buat memang banyak untungkan dirinya seperti nafkah batin yang melampau (hati saya masih kosong untuk ini sebenarnya) tetapi disebabkan saya kuat masalah kew. Suami deals untuk bantu banyak hal kew saya.
2. Saya bru rapat dengan seseorang(bkn punca saya ingin bercerai) dan dia tahu status ini. Dan suami juga tahu status kami dan suami masih obses mahukan saya. Dan saya juga sayang lelaki itu dan susah untuk lepaskannya. Sebab dia ada semua ciri yg saya mahukan terutama bab membantu hal rumah. Boleh mengemas dan memasak juga.
Persoalan saya adalah… saya keliru untuk terus menerima dan kembali pada suami atau teruskan cerai dan teruskan hubungan saya dan lelaki itu? Apa yang kurang pada lelaki itu adalah short temper. Cepat mood swing dan akan diam apabila mood swing tetapi suami saya jenis masih penyabar dan tak mudah naik angin. Selain itu, sikap lelaki itu dan sempurna. Suami juga macam cuba berubah. Tapi hati saya macam dah kosong pada suami. Memang dari awal kawen saya cuba bina cinta tapi susah sebab sikapnya. Kami selalu ber gadoh sehingga kini 5 tahun masih bergduh setiap hari.
Selain itu, hubungan bersama dengan suami hambar buat diri saya. Tak penah saya happy dan puas. Dah banyak suami cuba tapi tak menjadi (walaupun doktor kata saya normal. Hormon normal). Mungkin saiz suami kecil (di mata saya) walaupun normal bagi dia katanya. Suami dan saya juga nak anak dulunya. Saya berusaha tapi tak menjadi. Saya fikir mungkin sebab suami cepat game over. Saya tak tahu bila saya akan ada rezeki untuk ada anak? Suami pun mahu anak even saya izin dia kawen lain dia tak mahu. Saya pun tak boleh hidup dengan dia lagi pun dia tak mahu lepas saya.
Ermmm saya pernah terlanjur dengan bf saya beberapa kali (kini tidak lagi) dan saiz dan bentuk dia dapat buat saya happy. . Ini salah satu membuatkan saya susah nak tinggalkannya. Saya tahu saya salah. Saya nak akhiri semua ini dan buat keputusan tepat dalam hidup saya. Saya dan suami msg ada salah. Kami nak perbetul. Dia masah tunggu jawapan saya untuk terus atau berpisah juga. Apa patut saya buat. Saya keliru.





September 3, 2018
” Ermmm saya pernah terlanjur dengan bf saya beberapa kali (kini tidak lagi) dan saiz dan bentuk dia dapat buat saya happy. .”
Astagfirullah Sis …. Ingat Allah Sis . Kita hidup atas dunia ni tak lama . From your story .. your hubby is far better compare with your BF ..
Bawak mengucap…
September 3, 2018
Stay jelaa. Buat deal supaya dia berubah. Pegi kaunseling. Berzina suke pulak kau ni. Bercerita mcm zina tu nothing, x de masalah padahal tu dosa besar