Salam warga krt sekalian, saya baru sahaja di ceraikan suami, pada masa yang sama saya redha dengan ketentuan yang maha esa. Saya redha sebab selama ini, saya fikir saya isteri tidak berguna, manakan tidak, saya sentiasa tertekan dan banyak perkara yang lakukan tanpa minta izin suami seperti kursus dan bengkel hujung minggu. Saya selalu buat sesuatu perkara tanpa berbincang, napa saya tidak berbincang sebab saya yakin, jika berbincang saya tidak akan di beri kebenaran. Saya keluar mengikuti kursus dan bengkel kerana saya tertekan dan stress dengan keadaan diri saya di rumah.
Saya manusia biasa, saya juga ada perasaan penat. bekerja dari jam 8 hingga 5, dan saya sering kali bekerja luar pejabat.
Bukan merungut, tetapi semua kerja rumah saya lakukan sendiri, kadang kala di bantu, tetapi tidak di lakukan dengan ikhlas.. Balik kerja, terus masak dan mengemas, jika tidak akan di gelar isteri pemalas.. Sabtu dan ahad kadangkala saya juga bekerja atas tuntutan kerja, tetapi saya akan pastikan keperluan makan minum terjaga. Bekas suami seorang yang baran, suka mencarut, dan apabila tidak puas hati, media sosi@l dijadikan tempat meluahkan perasaan.
Kadangkala, saya di maki hamun dan di carut kerana terlelap atau tidak melakukan kerja rumah.
Di sebabkan saya bekerja, nafkah saya sering di abaikan, bila saya bising, di beri tetapi bila saya tidak bising, senyap..
Kadang kala dalan hati saya, wajarkah saya menerima semua ini… Kos anak-anak saya yang tanggung, bila saya susah, saya sendirian tetapi bila dia susah, saya perlu membantunya, jika tidak, saya di perli di media sosi@l..
Tekanan yang melampau, menyebabkan saya pernah ingin membunuh diri. Bila saya ingin membunuh diri, dia terus mencari orang lain, dan biarkan kami anak beranak sendiri.
Kerana mengejar cinta orang lain dia di tipu dan mengalami masalah kewangan
Bila masalah kewangan makin teruk ada kalanya saya di jadikan tepat berleter dan menganggap saya yang telah menyebabkan dirinya di tipu.
Saya tahu, saya ini seorang keras kepala dan kadang kala kurang ajar, tetapi tidak lah saya mengeluarkan kata-kata kesat.
Walaupun hidup saya sunyi, tetapi tidak pernah saya terfikir menduakannya. Berdosa besar, saya menduakan suami dan saya tak nak di gelar isteri yang nusyus.
Kerana tekanan dan krisis diri yang tinggi saya mengambil keputusan menyambung pengajian dan tinggal bersama keluarga di seberang laut. Keputusan ini, saya buat secara senyap dan bila di luluskan baru saya meminta izin. Saya tahu, dia pasti tidak akan benarkan. Walaupun jarak kami jauh, tetapi saya membelikab tiket untuk dia berjumpa saya dan anak2.
Saya perlu jauh dari dia, untuk tenangkan jiwa saya yang tidak tenteram dan saya ingin dia tahu erti menghargai keluarga.
Saya tinggal bersama keluarga di sini, dan saya sentiasa menjaga adap dan tertib saya sebagai isteri. Saya bukan kaki rewang, dan jika tiada kelas, banyak masa saya di rumah. Anak2 saya jaga sekali disini.
Dia selalu marah, bila rumah bersepah dengan mainan anak2. Kini, dia seorang, tak ada lagi rumah bersepah atau perlu mengadap perempuan gile ini.
Setiap kali saya akan pastikan anak2 call dan bercakap dengan dia. Pernah saya tidak call,mengharapkan di call, memang tidak lah. Bila tanya khabar. bukan khabar di terima, tetapi cacian dan maki yang di terima. Alhamdulilah, bila berjauhan, saya berjaya mengurangkan tekanan dengan bantuan kaunselor dan pakar perubatan yang saya rujuk untuk membantu diri saya.
Tetapi, minggu lepas, tiba2 saya di ceraikan kerana saya seorang yang nusyus dan dia sudah ada teman baru.
Kami baru 2 bulan tidak berjumpa, tetapi ini yang saya terima.
Alhamdulilah, saya redha sebab saya harus terima setiap tindakan yang saya lakukan. Apa yang saya rasa sekarang, saya rasa tenang dan lega sebab saya tidak perlu berdepan dengan seorang yang baran, tidak hormat isteri , dan telinga saya tidak lagi mendengar kata-kata kasar dari mulutnya. Harapan saya, semoga warga krt dapat memberikan pandangan terhadap kisah saya ini.




