SAsslamualaikum min..minta tolong post ni. Setahun dah aku tahan. nak minta pendapat makcik pakcik yang berpengalaman hal rumah tangga.
Aku ni isteri pjj dengan suami dekat 3 tahun pekahwinan. Masih belum dikurniakan anak. Hubungan kami baik2 je walaupun jauh tak ada lagi gaduh pasal orang ketiga. cuma aku keras kepala dan dia ego. Cuma sekarang ni aku berubah kalau aku marah atau terasa aku diam. tapi bila aku diam dia lagi sakitkan hati aku, dia akan tido lama2 atau main game lama2 tak nak tengok2 aku pun. sakit eh hati kalau kita diam tapi suami kata kita degil. Masa diam tu peluk je aku aku okey punya. tapi tak hirau pun. padahal kita terasa dengan dia tapi dia tak faham. ke buat2 tak faham?.
Normal ke aku seorang isteri tegur suami kalau balik tu minta bantu apa2 yang boleh bantu. Jangan hadap game berjam2. Lepas bantu tu mainla semula.
Lagi satu orang kata kena terima kekurangan pasangan masing2. Normal ke aku luahkan kat suami yang aku tak tahan dengar dia dengkur kuat sangat macam bunyi kapal. paling tak boleh kalau tidur mesti dengkur dia tersentak2 kuat sampai aku tersentak bangun. Aku dahla kalau bangun terkejut nanti darah naik tinggi kat kepala. karang esok pagi boleh tak ada mood. Tak lama nanti kami akan sebumbung, macam mana nak tahan satu rumah dengar dengkur dia dan petangai dia tak pikir kesusahan aku.
Dah tidur pun mesti tersentak punya. Siksaa weh. Malu dengan jiran sebelah tu dengar. Tuhan je tau rasanya bila tidur kau di ganggu. Bila aku luah dia kata aku kena terima. Ye terima dulu tapi skrg makin kuat. korang dengar pun macam bende simple kan? tapi yang rasa je tahu.
Tolonglah, tak nak benti merokok pun rawatla dengkur tu. Tanya doktor pakar.
Masalahnya paling geram. Kalau aku kejut tidur minta tolong angkat meja je dia kata penat nanti dia buat. arghhh stressla aku nak kemas dapur minta angkat sikit je. Last2 aku seret je almari aku sikit2. tu je aku minta tolong bantu aku yang berat2. Pastu Salah ke aku minta dia berubat dengkur yang bingit tu. Aku pun teringin nak peluk suami aku masa tidur.tapi tidur sebelah pun nanti tengah mlm aku bangun tidur kat bilik sebelah. Dia memang tak kesah asalkan dia tidur. Tau tak siksaanya tidur terganggu macam kapal kt sebelah?
Berdosa ke aku makcik pakcik bawang semua aku minta suami aku jadi normal macam orang lain? dulu masa bcinta aku try bagi semangat n pendapat masa dia down. Dia suka aku sebab aku faham dia.
tapi sekarang, bila aku bagi pendapat dia kata aku je betul. Lelaki kau nak apa??
perempuan kot ape dia kata tu just dengar dala. Laki iyekan je da cukup kan.
aku tak minta da duit makan kat suami aku sebab aku malas nak cakap pasal nafkah lagi. nanti dia kate aku jugak yang betul. dia ada bagi tapi memang tak ada ruang untuk beli barang dapur pon.
Aku tak kesah, aku halalkan. sebab aku boleh servey sendri. aku penat gaduh dengan dia benda remeh temeh. Lepas tu sekarang ni aku banyak diam. Tiap kali balik je mesti gaduh.
kali ni last aku minta dia lepaskan aku. Aku tak larat dah nak tanggung d0sa.
Aku sayang dia. tapi hati aku sakit. Tak ada bahagia dah. Banyak benda aku pikir, aku rasa tak dapat bahagia lagi. Dia pun tak ada effort pon nak berubah dan jadi ketua keluarga. macam mana nak jadi ayah klau tak mahu bantu apa2.
Mungkin kita berdua tak ready nak jadi mak ayah sebab tu Allah tak bagi rezeki anak lagi. Aku risau kalau ada anak aku jga anak aku seorang2. Pastu anak aku siksaa dengan perangai mak ayahnya.
Aku minta saling membantu je. Napa susah sangat nak bantu? Aku perempuan kot. Kalau rasa nak mudah je baik tak payah kahwin. Aku tahu stress tapi aku ni tak tau penat jgj ke? Aku keje siang malam ot. Kalau aku berhenti kerja mesti suami aku susah.
Allah berat nak cerita lain2 tu biar aku je simpan. Sekarang ni aku minta lepas , aku nak servey hidup sendiri. Tapi suami aku diam.Tak contact aku langsung. Aku nak gembira kan mak ayah aku je. Aku tak bahagia ada suami. Solat aku banyak tinggal, Aku tak pandai ngaji tapi aku nak belajar ngaji dengan suami aku tau satu aku rasa tak boleh nak terima mak dia , mak dia pernah hina aku sebab tak dapat apa dia nak dari anak dia. Hina kitorang pjj. Hina aku tak dapat duit anak. Hina aku sbab tak dapat dduk serumah.
Aku tanak dah jumpa mak dia. Aku takut hilang hormat bila aku jumpa dan teringat apa dia cakap. Hello mak saya nak sangat bagi tahu saya dah ada rumah dan perabot2 semua hasil duit gaji saya okey Saya tak pakai sesen pon duit anak mak tu. Aku sayang suami aku tapi aku rasa tak ada apa yang bahagia dari hari pernikahan lagi. Sikit2 dah malas nak jaga hati. Aku teringin nak peluk suami aku.Tapi tiap saat badan bau r0k0k. Aku tak suka bau r0k0k. hmm susahnya hidup rumah tangga ni. Duduk jauh2 kot tapi buat aku mcm aku ni robot tak ada perasaan. tak ada penat. mlm ni tahun baru takda wish apa2 pun. Kali ni aku nekad aku nak pergi jauh. Aku tawar hati. Aku nak hidup sendiri. Aku nak pergi umrah. terima kasih min




