salam min..aku tak tahu nak mula macam mana.. aku cuma nak cerita je pasal bini aku ni.. kami kawin dah 3 tahun ada anak sorang 1 tahun 6 bulan.. macam ni cerita dia.. Aku ni kerja biasa2 je bini aku tak keja duduk rumah jaga anak duit belanja makan pakai semua cukup aku sara tapi bini aku ni jenis gilla live contest kat fb tu..
Entah apa2 ada yang buat suruh teka no siri duit ada yang macam nujum pak belalang teka dalam genggaman tu ada apa. meluat aku min. semata2 nak menang topup rm5 je. aku pon boleh bagi.. data habis aku topup kat dia rm30. tapi dia beli data untuk sebulan 3 hari je habis sebab layan contest kot boleh meng topup rm5 tu..
Aku sabar je dengan perangai bini aku ni. pernah sekali bini aku ni lari minta cerai sebab ada jantqn lain. tapi bila dia sakit jantqn tu hilang aku jugak yang dia cari. aku kutip dia balik sebab aku kalah dengan anak aku tu min. kecik lagi..aku cuba pulihkan hubungan dgn bini aku..aku minta dia ubah sikap dan aku juga buat benda sama. tapi tak lama. ye laa dia tak kerja siang malam mengadap fon je..
Dapur kat rumah memang tak penah berasap sebab sebelum aku pegi kerja aku akan belikan makan apa yang dia nak. aku tak kisah dia tak masak sebab kami berdua je yang makan.. kalau masak pon banyak membazir juga sebab makan sekali tak habis buang macam tu je. masalahnya sekarang ni bini aku bawa anak lari lagi min. katanya nak tenangkan fikiran..
Aku balik kerja tengok dia dengan anak dah tak ada kat rumah. dia tinggal nota je. bagi tau dah tak nak hidup dengan aku lagi sebab aku buat dia macam tunggul.. macam mana aku nak layan dia min kalau handfone 24 jam dalam tangan dia. kalau layan contest hanqt tu anak pon kena marah bila merengek. hati aku sakit tapi aku sabar je..
Aku balik kerja pukul 1 pagi jaga anak pulak sebab anak aku ni jenis tidur awal.. bila aku balik kerja dia bangun. aku la yang jaga sampai dia tidur balik..
bini aku ni layan fb sampai pagi pastu tido kadang2 pukul 2 hingga 3 petang baru bangun. tu pon sebab aku dah nak keluar pergi kerja. sekarang ni aku dah bosan dengan perangai dia min.
Aku tak kisah dia nak lari ke apa. Aku cuma risaukan anak aku tu je. kalau bukan sebab anak dah lama aku sayonarakan dia. punca dia lari lagi sebab aku marah dia suruh mandikan anak je.. Aku dah lambat nak pegi kerja anak pula menangis nak ikut aku sedang dia asyik layan contest dalam fb tu yang mana entah buat tq min..