Assalamualaikum, saya ingin berkongsi kisah suka duka hidup saya,saya dah ada anak lelaki dua orang dah besar pun, yang pertama dah umur 11 tahun,dan kedua 8 tahun. Saya dah berkahwin selama 6 tahun sebelum ni, dan bercerai selama 4 tahun. Selepas itu saya rujuk balik dengan bekas suami atas alasan anak2,lagi pun nampak pada luaran dia dah banyak berubah,dari segi kerja,dulu bercerai sebab dia seorang yang susah nak kerja tetap.
Masa dalam tempoh bercerai tu memang nampak baik sangat, nafkah anak2 bagi,lebih caring,dan selalu datang kat rumah. Bekas suami selalu pujuk untuk rujuk balik,masa tu masih baru lagi bercerai,jadi saya masih belum terbuka lagi nak rujuk balik,so selepas tu saya buat keputusan nak kerja kat luar negeri saya,saya tinggalkan anak2 sementara waktu untuk kerja dulu,semasa dalam jagaan bekas suami,anak2 saya tak terurus,dia selalu tinggal anak2 walaupun dah habis kerja, sekolah ank2 pun dia kerap tak hantar sebab malas bangun pagi,yelah pagi2 berjaga lepak dengan kawan-kawan sampai pukul 3 4 am.
Bila ank2 jadi tak terurus cam tu, fikir balik saya pun setuju rujuk balik dengan bekas suami selepas 4 tahun bercerai,bila saya setuju nikah tu dia pulak cakap tak ada duit,so saya pun terpaksa pinjamkan duit untuk berkahwin,semua saya yang tanggung. Masa saya nikah memang bekas suami tetap macam dulu juga,tak ada apa2 harta. Tapi saya tetap terima dia, ingat kan dia dah berubah,tapi sayang semuanya meleset.
Sekarang ni dah setahun kami nikah balik,kami menyewa rumah sendiri semua kerja rumah suami serahkan pada saya semua,saya penat nak buat semua,saya ada minta tolong suami untuk pasang langsir,sebab kena drill dulu, tapi sampai berbulan-bulan dia tetap jugak tak buat,terasa sangat,sakit hati pun ada,sebab susahnya nak pasang kan langsir tu.. kalau saya pandai buat,dah lama saya buatkan. Sekarang ni makin parah sebab dia tak kerja,dahlah kami menyewa rumah, bulan sebelum ni kami tak dapat bayar sewa rumah,jadi dia minta pendapat saya nak jual motor sebab nak bayar sewa rumah,
Pada mulanya saya tak bagi dan setuju pun,sebab saya sayangkan motor tu, walaupun saya tak guna motor tu tapi saya tak suka sikap jual barang yang ada bila dah terdesak, tapi dalam masa yang sama owner rumah desak kat saya nak sewa rumah,saya jadi stress sebab suami tak kerja,semua benda terabai, alih2 saya cakap kat dia, terpulang lah pada dia nak jual motor pun,sebab owner dah desak tu. Dia pun jual motor tu dengan harga rm700,dia bayar sewa rumah rm400 dan bagi kat saya rm200 untuk belanja barang dapur dan keperluan anak2, contohnya duit sekolah. Jadi duit tu saya guna untuk keperluan je,bukan untuk keperluan sendiri.
Masa sekarang ni kami gaduh besar,sebab utama pasal langsir,sebab dia tak pasang2, bila gaduh dia ungkit pasal motor dia jual tu,dia tuduh saya yang suruh dia jual sebab nak duit,dia cakap saya mata duitan, kalau saya mata duitan dari awal saya tak terima dia,semua saya yang tanggung.
Bukan itu saja dia siap kutuk saya perempuan perangai tak elok,ejek saya semua. Dia ejek cara jalan saya,dia ejek cara saya bawak handbag,dia ejek cara saya layan family dia,siap buat gaya sekali. Saya tak sangka dia sanggup buat macam tu..apa pendapat semua, patut ke saya berpisah dengan dia untuk kali kedua?




