Assalamualaikum. Saya sekadar nak meminta pandangan semua. Saya dah berkahwin almost 4 years dan mempunyai satu orang anak perempuan. Sekarang tgh preggy anak yang kedua 11weeks. Tahun lepas saya dan suami pjj slama setengah tahun. Saya di pantai timur dan dia di selatan. Masa bulan 12 tahun lepas dia balik ambil saya di kampung dan bawa tinggal bersama dia. Dalam bulan 12 kami bergaduh besar sebab kantoi dia curang dengan saya sepanjang saya di kampung. Masa tu saya kecewa separuh gila, saya tak sangka suami yang saya percaya mati matian sanggup curang dgn saya.
Saya ada minta dia lepaskan saya, saya merayu rayu tp dia menangis dan minta bagi dia peluang kedua. Sebab sayang, saya maafkan silap dia. Saya tanya dia samada dia pernah terlanjur dgn kekasih dia, tp dia tak mengaku. Saya bg dia peluang. Dosa dia semua saya maafkan, selebihnya saya minta dia taubat pada tuhan. Selama 3 tahun bersama. Dia memang seorang suami yang baik, sempurna, dia tak de ramai kawan tak suka melepak takde hobi tak pernah keluar dgn kawan kawan. Kalau dekat rumah dia banyak tolong saya buat kerja rumah, periuk belanga semua dia basuh, cuci pakaian,kemas rumah.. sebab tu saya takpernah sangka yang dia sanggup curang.
Dgn anak pun dia rapat sangat. Dengan saya, sekali pn dia tak pernah tengking,marah, tinggi suara. Mak ayah dan keluarga saya sangat menyayangi dia sebab dia baik dgn smua org. Lepas dia kantoi curang, dia minta peluang kedua dan saya tgk dia betul betul tunjuk usaha yang dia memang nak jaga hbgn ni. Dekat rumah kalau dia balik kerja, dia terus buat kerja2 rumah siapkan keperluan anak dia kadang baju saya pun dia kutip, basuh dan jemur. Saya dah bekerja, dia banyak tolong saya buat kerja rumah. Saya selalu mimpi bukan bukan psl dia. Kdg2 hati rasa tak sedap. Takot dia curang lg dalam diam. Saya selalu doa pada Allah kalau dia bukan jodoh saya. Saya minta Allah jauhkan saya dari dia.
Satu hari masa saya kat tempat kerja, saya terlintas nak buka emel dia. Emel yang slalu dia guna kalau ada urusan kerja. Saya tak pernah terlintas nak check apa apa. Satu hari saya dapati dia ada akaun fb lain, dlm tu penuh chat2 dengan perempuan lain. Semenjak saya kahwin lagi rupanya dia senyap-senyap berbalas chat dengan ramai perempuan. Saya terkejut, banyak chat berunsur luc*h dgn perempuan lain. Chat dari tahun 2016,2017,2018. Rupanya dh lama dia tak jujur pda saya. Saya tak sangka, suami yang saya sangka baik. Rupa nya begitu. Saya betul betul terkejut, selama berkahwin saya tak pernah syak dia curang. Mgkin dia pandai sorok.
Tak tahu mana silap nya sepanjang menjadi isteri dia saya yang sanggup susah senang dengan dia even sampai makan nasi dgn telur pn saya tak kisah. Saya yang slalu ada dgn dia dari dia takde apa apa sampai la skrg dia ada kerja yang baik. Rupanya dia lansung tak pernah sayang kan saya. Jd slama ni prbuatan baik yang dia buat, hari hari ucap sayang. Rupanya palsu. Kecewa nya saya Allah sahaja yang tahu. Saya skrg hanya fikir nak berpisah, walaupun kesilapan yang dia buat tu dah lama. Tp tetap menghancurkan hati saya.
Kdg saya doa pd Allah saya tak nak anak dlm rahim saya ni. Dia akan membebankan saya. Berdosa ke saya ?dia hari hari merayu menangis pujuk saya ,dia mengaku tu silap masa lalu dia. Dia cakap dia dah bertaubat.. dia memang dari dulu lg tak pernah tinggal solat, perlu ke saya percayakan suami saya lagi? Perlu ke saya teruskan hbgn saya dgn dia.. walaupan hati saya tersangat kecewa. Bantu saya.




