Pengalaman jadi sura(sbb aku lelaki) rumah. Kini sudah hampir 10 bulan aku cuti sakit.. Kali kedua cuti sakit yang pnjg.. tahun 2016 mula cuti sakit panjang yang pertama.. 11 bulan.. semua sebab penyakit tibi tulang yang aku hidap.. Alhamdulillah pkembangan positif selepas pembedahan Januari baru ni terserlah bezanya.. Hampir 10 bulan ni jugalah rutin harian aku jadi surarumah semua yang surirumah buat aku buat sidai baju, lipat baju, basuh baju, kemas rumah, memasak(aku mmg jenis suka memasak), menyapu rumah, bagi kucing2 makan, basuh pinggan mangkuk, uruskan anak2 sekolah, pergi ambik anak sekolah, mkn minum anak2 sekolah (kalau bukan bulan puasa lah) serta mandikan anak yang kecil sekali.. satu jer aku jarang2 sekali aku buat iron baju..
Seronok juga jadi surarumah ni bila keadaan rumah nampak kemas walaupun kerap anak2 sepahkan.. aku mmg jenis membebel kuat.. Nak kata memenatkan sgt tu takdalah.. agak seronok juga sbnrnya kalau niat nak memudahkan keluarga terutamanya anak2.. mendidik anak2 buat kerja rumah bersama2..
Org rumah pula yang g kerja cari pendapatan.. duit2 belanja anak2, bil2 semua atas urusan isteri aku.. duit yang aku ada hanya utk pembelian barang dapur dan stanby utk beli mknn andai lauk mentah dah licin dlm peti.. terpaksa juga beli mknn siap masak time anak2 balik sekolah pagi sebab mereka kena g sekolah agama pula petangnya..
Aku bertuah dpt merasai jadi seperti surirumah.. walau isteri ada d rumah aku tetap juga buat sebab dah terbiasa.. lagi2 isteri pun tgh sarat mengandung anak yang ketujuh ni.. InsyaAllah dpanjangkan umur kandungan baby dlm perut tu bulan ogos ni keluarlah melihat dunia.. hahahaha.. dlm2 sakit sempat jugakan.. mesti ramai yang pelikkan.. ini perasaan aku.. bila aku sbgai suami bila terlalu lama tak sentuh isteri perasaan bersalah tu akan datang.. bila dah bersentuh inilah jadinya.. benih subur sgt kot… Hahaha.. cerita balik hal yang aku nak cerita tadi.. lari topik lak.
Dah 10 bulan cuti sakit.. bayangkanlah.. lali dah.. nampak baju kotor dah byk automatik terus perlakuan nak masukkan baju2 dlm mesin basuh.. bila dgr buzzer mesin berbunyi tanda dah siap basuh terus automatik g ambik bakul g sidai.. bila nampak pinggan mangkuk gelas cawan kat sinki automatik perlakuan terus nak ke sinki basuh semua perkakas dapur yang kotor.. bila nampak dapur gas kotor terus perlakuan nak lap bersihkan.. nampak meja mkn tak terurus terus rasa nak kemaskan.. macam tu juga bila nampak lantai dah mula ada ada pasir, sisa makanan dan habuk2 terus automatik nak menyapu..
Dlm mulut membebel ke anak2 sebab kekemasan rumah tak terurus sgt aku tetap secara tanpa paksaan dan tanpa sedari aku sendiri yang kemaskan rumah..
Agak puas hati juga dapat melaksanakan tugas2 yang d lakukan oleh surirumah.. sebab bila jadi sura rumah ni apa yang penting anak2 kita sendiri yang handle.. bukan org luar.. Alhamdulillah.. urusan makan minum, pakaian dan persekolahan anak2 terurus dengan baik..Moral.. kepada kaum adam perbanyakkanlah membantu isteri2 kalian membentukkan kekemasan rumah.. pada kaum hawa pula bersyukurlah dengan apa yang ada pada suami kalian selagi suami kalian tak melakukan kemungkaran yang terang atau yang tersembunyi.. InsyaAllah rumahtangga akan sentiasa mendapat keredhaan Allah.. Peace yo.




