Aku ni surirumah sepenuh masa.. aku ade 2 orang anak sepasang. Yang sulong umur 5 tahun, yang kecik umur 8 bulan. Anak aku yang kecik ni menyusu badan sepenuhnye. Hanya mak2 yang mnyusu badan je paham prasaan tu macam mana.. penat.. anak aku ni pula jenis nak mengempeng je. Semua nak aku.. nak tido pun aku kene tidokn. Sentisa nak duduk kat celah kangkang aku. Kalau nampk aku mule die menangis.. ok bukan tu cerite die..
Cerite die pasal laki aku. Dah tau anak aku tu jenis nak mengempeng je, patutnye die tolong lah mana yang patut. Ni tak.. semua nak aku yang buat. Kekadang aku ade juga bagi anak aku susu dalam botol.. susu aku yang aku panaskan. Botol susu tu kalau aku tak cuci, memang sampai bila2 pun kat situ jela. Laki aku mana nak tolong cuci, jangan harap.
Tu satu. lagi satu, aku bengang gile sebab kalau lepas beli barang dapur, pun nak aku juga yang tolong simpan semua. Kalau aku tak simpan, memang situ la tempatnye tak berganjak okay.. aku ni dari celik bjik mata sampai nak pejam mata malam pun belum tentu kerja rumah boleh settle. Dlm singki tu kalau pinggan mangkuk ke ape, semua nak aku cucinye.
Dapur tempat masak aku dah siap lap, mop, sapu dan kemas, datang laki aku balik kerja die nak goreng nugget ke ape, lepas masak die biar je dapur dengan berminyak2, tak berlap, kuali pun biar je kt situ. Seharian aku penat buat kerja rumah. Tiba laki aku balik kerja tambah lagi kerja aku. Aku dah penat bebel dah min.. buang air liur aku je.
Bila aku bising die cakap aku asyik bebel. Penat tau tak.. mana lagi nak kejar dengan anak kecik. Pagi celik mata aku siapkn air untuk laki aku. Lepas tu siapkn bekal anak aku nak bawak pergi srkolah. Itu pun ikut mood die la.. kalo die kate nak nasi lemak, aku ni subuh ari dah kayuh beskal pergi beli nasi lemak anak aku tu.
Laki aku tak boleh di suruh.. budak pun tau jemu juga kalau tiap hari pergi sekolah bawak bekal benda sama je. Aku paham sangat prasaan anak aku tu. Aku malas dengar laki aku bsing subuh hari, biar la aku kayuh beskal pergi beli nasi lemak anak aku tu. Balik dari beli nsi lemak anak aku, aku nak siapkan sarapan untuk anak aku plak.
Laki aku memang bertenang gile min.. die tau siapkn diri die nak pergi kerja je. Balik kerja tau nak terlentang brehat. Letih.. abis aku ni tak letih ke? Dahla malam aku tak cukup tidur.. anak aku yang kecik tu nak merap dengan aku je kerjanye. Lepas tu bangun subuh ari nak kene buat kerja lagi.
Tu belum malam laki aku mngacau aku mengendeng. Tak layan kang bedosa pulak. Nak tak nak kene jalanakan juga tanggung jawab. Ok smbung cerita bila anak aku yang kecik tu dah bangun tdo, aku dah kene mandi dan bagi makan semua.. lepas tu tidokn die. Lepas die tdo aku bekerja pulak nak masak sebelum pukul 12 tenghari aku kene siap masak sebab anak aku yang sulong tu nak balik sekolah.
Bayangkan aku dapat rehat ke tak? Lepas anak aku balik skolah aku nak kene suap die makan plak. Lepas suap die makan aku nak tidokan yang kecik tu.. lepas yang kecik tu tidur baru aku dapat letak badan kejap. Tu pun tak dapat nak lena sebab anak aku tu kejap2 bangun. Aku ni nak makan pun tak tentu masa. Kadang dah petang baru makan tengah hari.
Pagi tak makan pun. Malam makan pun kene cepat2.. laki aku bertenang gile makan. Contoh macam balik dari pasar malam beli lauk, anak aku yang kecik tu meragam nak aku, die bukan nak pjuk.. biar je.. die nak lepas tangan lepas tu panggil aku cakap budak tu nak susu. Padahal anak aku tu nak merap dengan aku.
Yang aku ni nak settlekn simpan ikan dan sayur segala bnda. Kerja aku ni tak ade sapa nak tolong settlekn. Melain kan aku sendri.. laki aku jenis nak lepas tangan je. Die boleh je pujuk anak aku tu dukung ke ape bagi diam. Ni tak.. kira penat die je. Oh ye laki aku ni kerja gov sebagai pembantu tadbir.
Aku ni kena bekeja sana sini.. suap anak makan pun aku. Rumah sepah pun aku juga yang kene kemas dan vacum. Laki aku hujung mnggu die tau tugas die cume basuh kain dan sidai kain je selain dari tu memang die tak tau Lipat kain pun kene aku juga. Die memang bertenang gile lah. Aku ni tak ade cuti langsung..
Bila aku baru nak ngadap henfon, nak letak ponggong die boleh cakap aku ni asyik ngadap henfon je. Kalau aku ni kerja mengadap henfon je, sapa yang masak, sapa yang mndikn anak, sapa yang kemas rumah, sapa yang itu ini semua? Ade hantu ke nak tolong buat? Tu la orang kate time kite buat kerja orang tak nampak tapi time kite baru nak dok rileks orang kate kite curi tulang.
Sebut pasal nafkah, nafkah tak bagi.. aku nak topup pun tak ade duit. Banyak kali dah bebel pasal nafkah. Tak payah cakap suruh ngadu kat mil.. mil aku sokong anak die ye. Mak aku pula banyak kali cakap kat laki aku kalau tak ade banyak bagi la sikit sebagai belanja aku. Contoh ade rm10 bagi la rm10.
Masalhnye se sen pun die tak bagi. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku minta topup pun macam minta sedekah kat die.. dah naik malas nak minta. Ni pun aku buat credit advance rm10. Ikutkan tenet aku dah expired pun. Tah lah mana lagi badan penat, otak pun ikut penat skali. Aku luahkn ni sebab aku tak ade kawan nak share masalah dengan aku. Tak ade sapa nak dengar masalah aku sebab tu aku ngadu kt krt ni.




