Kadang2 aku terfikir, aku ke yang mengada2 sangat lepas bersalin ni. Kalau lah lelaki tau kesusahan perempuan mase mengandung, kesakitan mase bersalin, aku rase ramai lelaki tak nak kawen. Susah ke nak cakap terima kasih sebab dah mengandungkan dan dah melahirkan anak die. Siap package, kene jage anak + kene keje untuk tolong suami cari rezeki. Tiap2 tahun memang laki aku tak ade duit ke nak celebrate birthday aku tahun ni wish pon aku yang mintak Aku salah pilih suami ke ? Aku da salah jalan ke? Allah nak uji aku ke sekarang ni?
Tiap kali aku sembahyang, aku selalu doa biar laki aku ni jadi suami dan ayah yang baik buat aku dengan anak aku. Entah kenape. Lepas bersalin, aku jadi sunyi giler. Nak berbual dengan laki aku pon susah. Nak cerite yang aku belum boleh ada dengan keadaan aku sekarang pon susah. Aku tak ikhlas ke? Aku ke yg cerewet ek? Makin hari, life aku macam sia2 pun ade. Kadang2 aku terfikir, memang seksa macam ni ke jadi isteri?
Mase aku duduk dengan mak bapak aku, tak pernah aku macam ni. Hari2 menangis fikir nasib aku.
Macam kene buli, kene pijak dengan laki sendiri. Tak ade ke sifat menghargai kat laki aku tu? Kita orang kawin baru setahun. Plus kan aku siap rase aku ni meroyan sebab tu suke carik pasal. Tapi entala. Sekarang laki aku dah pandai. Bile marah je, cakap nak tampar muka aku. Silap hari bulan, memang sampai kot kat muke aku. Dengan sifat penipu yang ade kat diri die tu buat aku makin tawar hati. Entahla..aku mintak die sendawakan anak die bole tengking aku. Bodh punye mak. Aku ni kalau tak fikir anak, aku dah lari dah. Aku dah tawar hati sangat..




